SAHABAT,
Kau adalah antara pemberian daripada Tuhan yang sangat bermakna,
Kau sering membantu aku,
Kau sering dengar keluhan aku,
Kau sering buat aku ketawa,
Kau sering menyokong aku dalam kehidupan aku

Pertemuan kita ini adalah kerana Allah,
Pertemuan kita ini adalah kerana perancangan Allah,
Pertemuan kita ini adalah kerana Kehendak-Nya,
Pertemuan ini pasti ada hikmahnya,
Ini adalah saat untuk kita bina kenangan manis bersama,
Ini adalah saat untuk kita kuatkan persahabatan kita,
Itulah, hikmah pertemuan kita wahai sahabat.

Jika satu hari nanti kita ditakdirkan berpisah,
Jika satu hari nanti kita ditakdirkan untuk membawa haluan sendiri,
Jika satu hari nanti kita ditakdirkan tidak lagi bertemu,
Kerana setiap pertemuan akan diakhiri dengan perpisahan,
Ingatlah, aku akan tetap mendoakanmu dan tetap menyimpan segala pahit manis kita bersama.

Jika ditakdirkan aku pergi dahulu,
Sebutlah namaku di dalam doamu,
Kerana doa seorang sahabat juga adalah doa yang akan dimakbulkan.
‘Sahabat baik adalah pemberian daripada Tuhan yang sangat bernilai selepas keluarga kita. Hargailah dan sayangilah sahabat kita.'
Steady afif ♥️🤟🎉
ReplyDelete