Skip to main content

I prefer cake .


Assalamualaikum hai guys ! Okay , harini saya nak share satu resepi yang menarik . Alang-alang diberi cuti kuarantin ni , masakla antara perkara yang kita boleh buat . Haa manfaat ni .

Kenapa masak ? Yela ! Kalau saya share cara makan macam pelik sikit la en . Okay ! Jadi selamat membaca blog resepi ni ya ! Resepi kek ni wuu !

Namanya OREO CHEESE CAKE (No Bake).
Taip pun dah rasa sedap dia haa tudia aih ! Kek ni agak mudah dibuat meskipun kita baru sahaja menceburi bidang kulinari ini .

Ramuannya :
2 peket biskut Oreo original .
250 g cre cheese .
250 g whipping cream .
70 g gula kastor .
50 g butter (Di cairkan)
1 sudu kecil esen vanilla .
1 keping baking paper .
Oreo Cheese Cake.


Step 1 :
Masukkan 1 peket setengah Oreo ke dalam plastik dan gelek hingga betul-betul hancur. Cara mudah gunakan rolling pin yang buat kuih tu . Asingkan serbuk Oreo dalam 1 senduk kecil untuk di tabur ke atas kek nanti .
Serbuk Oreo.


Step 2 :
Cairkan butter dan masukkan ia dalam serbuk Oreo tadi . Gaul hingga rata dan sebati . Kemudian tuang je dalam bekas atau loyang yang telah di lapis baking paper. Tekan tekan supaya kemas dan rata .
Sebatikan cecair butter dengan serbuk Oreo.


Step 3 :
Masukkan cream cheese dan gula ke dalam pengisar.  Kisar sekejap hingga sebati semua . Kemudian masukkan whipping cream dan esen vanilla . Kisar lagi . Boleh guna pengisar kalau tiada mixer.
Masukkan ramuan .


Step 4 :
Bila dah sebati keluarkan adunan tadi dan masukkan ke dalam bekas . Patah patahkan 1/2 peket Oreo dan gaul bersama adunan nanti.
Gaulkan adunan.


Step 5 :
Bila dah sebati masukkan adunan tadi ke dalam bekas berisi Oreo tadi . Tekan tekan adunan hingga rata dan kemas . Taburkan lebihan serbuk Oreo tadi ke atas permukaan kek .
Masukkan adunan .


Step 6 :
Boleh la dimasukkan ke dalam peti dan biarkan semalaman hingga betul betul keras . Haa ! Lepastu siap la ! Boleh la makan sejuk sejuk bersama keluarga . Nak makan sorang sorang pun okay ja . Tak perlu bakar . Tak perlu kukus .

Itu sahaja dari saya . Semoga bermanfaat okayy . Saya bukan chef , tapi untuk awak saya cuba .
Selamat mencuba . Terima kasih , Jumpa di lain blog ya .

Stay safe semua . 
Jaga diri .

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

habit

morning guys !   aku nak share pasal habit aku, semua orang ada habit kan ? so habit aku ni aku suka dengar lagu kanak kanak huhu ^-^ sebab aku memang suka dengar lagu, kadang kadang bila adik aku buka tv ke youtube ke aku tumpang ah menyelit senyap senyap tak pun pasang telinga hehe.  so lagu yang pemes sekarang mestilah didi & friends (sape je taktahu en), suka betul aku kalau adik aku buka lagu tu mesti aku akan curi curi tengok HAHAHAHA. aku suka lagu ni sebab aku rasa aku ni masih muda 😋 hehehehe  lagu kedua pulak aku suka dengar lagu omar & hana sebablagu lagu ni semua tentang islam. bagi aku lagu ni bagus kalau dideahkan kepada anak anak yang sedang membesar sebab dapat lah juga untuk diorang mengenal adab dalam islam.  chichi & chacha apa kurangnya best juga kalau dengar. kadang kadan boleh tambah ilmu pengetahuan sebab dalam cerita ni (cerita ke lagu ea ? whatever lah) akan ada satu slot yang menguji ota...

My Passion(s) ~Sports

Hi. Greetings human. Today I'd like to share with you sport that i once really into when i was in secondary school. There are 4 sports that I like to play. So first sport that I really like was Tennis. My father & his family are good on playing tennis. That why i kinda interested to play this game. The skills on hitting the ball amazed me. Yea this game need alot of stamina , skills & good strategy. Discuss Throw. I amazed that this CD shaped thingy need a good skill to make the throw get more further. I thought it was easy to just throw it & that thing can go far far away. My practice kinda paid off on last time i was with that thing. at least i could throw around 39meter far Men Shot Put. this also i like it cause it was easy. just push with some skill. then you get it. hehe Javelin Throw. I played this too but i don,t have any picture of me holding that thing but nvm i want to claim it anyway.