Skip to main content

Thank you life .


Assalamualaikum hai guys ! Fuhh .
Saya teruskan saya punya blog , mana tahu ia boleh jadi penyeri hari anda harini . Sebenarnya saya dah takdak idea nak tulis apa . Hmm dok tak dok tiba tiba saya rasa saya nak share tentang "pengalaman pahit pahit sikit."

Okay , jadi di blog kalini saya akan menceritakan tentang perkara yang sejujurnya menakutkan saya termasuklah takut kehilangan awak . Chia chia SUDAH ! Saya tekad taknak berpickupline dah . Huhh . Baik , selamat membaca ya !
Tak horror pun .


Benda pertama yang tersangatla saya tak suka ialah Ulat . Eeeee . Ya Ampun ! Saya taktau la nak kata apa . Masa darjah dua tak silap , buku teks sains ada gambar ulat , saya baling buku tu . Terkejut ! Argh ! Saya ingat ulat betul ! Maafkan saya buku , serius tak sengaja , haahla patut kimia saya tak bagus , baru perasan . Lain cerita , haa ni tahun Lepas tak silap , saya main bola dengan kawan la en , bola tersangkut kat pokok . Saya pun takpala panjat , dah tinggi . TIBA-TIBA ada ulat lalu . Ya Ampun , tak comel la ! Sumpah tak comel ! Terjatuh saya , demi mengekalkan kekacakan di muka , saya bangun senyum ja . Yang mana tahu , dia tahu la.
Ulat buku je saya terima .

Haa lepas tu pulak , saya tak tahu macam mana dan bagaimana saya boleh di ALAM . Saya takut sikit dengan air yang dalam . Kenapa ? Every story has their own reason en . Saya awalnya dari kecil memang suka air . Mandi sana , Mandi sini . Sungai , kolam , laut , lombong . Yaa . Tapi semuanya di bawah jagaan . Kiranya keselamatan dijaga la . Tetiba , ada satu hari tu di sebuah pusat motivasi . Satu family saya di sana.  Sekeliling pusat tu merupakan lombong yang dijaga . Ayah saya sedang bermotivasi bersama pelajarnya , mak saya jaga kakak saya yang kurang sihat di bilik . Saya dan abang abang saya pergi memancing kat lombong tu ditemani bibik . Tiba tiba saya tergelincir , jatuh dalam lombong tu . Macam Pandalela Rinong .
Pusat Motivasi Etika Ria.


Sumpah Dalam , tersangat dalam . Tak jejak tanah . Saya dah nampak dah ikan ikan cantik , cahaya putih bagai . Taktak tipu je . Jujurnya , saya takut gila masa tu , abang saya , bibik , adik saya lagila  taktahu nak buat camna . Semua kecik lagi . Tapi nasib abang saya hulurkan kaki , saya nampak , saya tarik . Dia berpaut kat kayu . Ahahaha nasib dia pun tak jatuh . Bibik saya jadi hero of the day la masatu , tangan kiri pegang adik saya , tangan kanan tarik abang saya dengan saya . Kuat gila . Wuuu macam Wonder Woman ! Haa sambil jerit , tolong tolong ! Ramai datang , ahahahaha. Alhamdulillah selamat . Muka gue pucat sih tapi sem . Lepas tu , sedikit sebanyak ianya menjadi peringatan pada saya sebelum langkah kaki masuk air , saya akan ingatkan diri air yang tenang , jua mampu buat tangisan . Hati-hati .
All of us at Teluk Senangin .


Okay ini last , tahun lepas pada hari raya pertama , saya kemalangan . Benda nak jadi , apa boleh buat en . Malam raya tu saya kerja di KFC . Family saya semua dah gerak balik kampung di Kedah . Saya kerja dari 6 petang sampai 4 pagi , habis tu saya terus drive ke Kedah . Hampir 3 jam juga . Sakan sakan beraya saya pun pulang terus ke Taiping seorang sebab nak kejar masa , sebab malam tu saya kena masuk kerja . Di highway , saya dah mula rasa penat , mata dah start pejam buka pejam buka . Saya kuatkan radio , lagu Ava Max nak elakkan ngantuk sementara cari RnR berdekatan .
Kesian kereta .


Sear tak sedar , saya terkeluar laluan , jatuh ke tebing , haa terus segar ! kereta tengah turun curam . Dalam hati , dah bisik . Ini hari last aku. Alhamdulillah dipanjangkan umur , saya okay sahaja hanya kecederaan ringan . Hidung berdarah akibat terhantuk , lebam lebam di kaki bahagian lutut kerana saya gunakan untuk menahan kedudukan , saya okay , kereta tak okay . Kesian gak kereta tu . Saya dihantar ke hospital untuk pemeriksaan . Alhamdulillah , masih mampu tersenyum . Saya berhenti kerja , sambung Raya . Raya kan sebulan . Huhuhu MatRiYe .
Raya kedua . Di hospital . 
Disahkan positif hmm maleh ar .


Okay , dah panjang ni . Apa yang saya nak sampaikan ialah dalam liku kehidupan , tak semua yang datang itu Indah . Ada yang pahit . Tapi , yang pahit itu yang kita perlu berterima kasih juga . Kerana yang pahit itu selalu mengingatkan kita . Ingatkan kita tentang kehidupan , ia jadi pengajaran . Ambil langkah berjaga jaga .
Muhasabah diri .


Baik , jaga diri ya ! Cuti cuti ni banyak cerita best best boleh tengok . Descendants of the sun nak repeat balik pun boleh . Sedih sedih . Okay la , jumpa di lain blog ya!

XOXO



Comments

Popular posts from this blog

Nearest Park from my Home town

  HI GUYS  Let me talk about the nearest park from my home town to you guys. GUNUNG LEDANG Source : Google  Source :Google  Gunung Ledang National Park lies simply inside Johor's fringe with Melaka, around 30 km from the town of Muar. The recreation center encompasses the famous Mount Ophir, presently called Gunung Ledang, which is 1,276 meters high. As per a sign at the passage to the recreation center, Gunung Ledang is Malaysia's 64th most elevated mountain and the 6th generally hard to ascend, be that as it may, as should be obvious from the more point by point list on myMalaysia Mountains page, Ledang is in reality just the 134th most elevated pinnacle, and it doesn't rank in the best 20 tops as far as trouble. SOURCE : GOOGLE  There are different legends relating to the mountain including an otherworldly princess, gold and silver stores, the renowned warrior Hang Tuah and that's only the tip of the iceberg. It is viewed as a profound spot. One of the rumore...

habit

morning guys !   aku nak share pasal habit aku, semua orang ada habit kan ? so habit aku ni aku suka dengar lagu kanak kanak huhu ^-^ sebab aku memang suka dengar lagu, kadang kadang bila adik aku buka tv ke youtube ke aku tumpang ah menyelit senyap senyap tak pun pasang telinga hehe.  so lagu yang pemes sekarang mestilah didi & friends (sape je taktahu en), suka betul aku kalau adik aku buka lagu tu mesti aku akan curi curi tengok HAHAHAHA. aku suka lagu ni sebab aku rasa aku ni masih muda 😋 hehehehe  lagu kedua pulak aku suka dengar lagu omar & hana sebablagu lagu ni semua tentang islam. bagi aku lagu ni bagus kalau dideahkan kepada anak anak yang sedang membesar sebab dapat lah juga untuk diorang mengenal adab dalam islam.  chichi & chacha apa kurangnya best juga kalau dengar. kadang kadan boleh tambah ilmu pengetahuan sebab dalam cerita ni (cerita ke lagu ea ? whatever lah) akan ada satu slot yang menguji ota...

Tips Belajar

 Pernah tak kita rasa macam belajar macam nak rak, lepastu rak patah? Maknanya belajar tapi tak masuk masuk. Mesti selalu kan? Sekadar duduk dalam kelas masuk telinga kanan lepastu keluar sebelah kiri. Ataupun dalam kelas fokus 101% tapi selepas 3-4 hari kemudian kita dah lupa. Itu maknanya ada kesilapan dalam teknik kita belajar.          Maka dengan ini , dengan penuh keikhlasan hati, saya nak berkongsi  tips and trick  belajar. Sebelum itu, hendak saya claim , saya bukan student  perform  dan tips ini dikongsikan hasil daripada soal selidik dan kajian melalui internet.         Sebagai seorang  deck cadet,  sepanjang pengajian kita di ALAM banyak matapelajaran yang berasaskan teori. Dengan itu, lebih banyak aktiviti menghafal yang perlu diamalkan.  Menurut Dr Fadhilah Kamsah semasa belajar kita: Kita ingat 10% apa yang dibaca Kita ingat 20% apa yang didengar Kita ingat 50% ap...