Skip to main content

aku adalah aku

Aku dilahirkan dalam keluarga yang biasa biasa sahaja. Ayah dan mak aku kedua-duanya bekerja di bawah jabatan kerajaan. Tapi kedua-duanya sibuk mencari rezeki, sehinggakan kadang-kadang kami tidak sempat meluangkan masa bersama walaupun hari itu adalah hari minggu. Aku adalah satu-satunya cahaya mata yang mereka ada. Orang kata kalau anak tunggal ni, dapat kasih sayang yang sempurna tapi kenapa aku tak dapat rasa semua tu ? Inilah kisah hidup aku yang bukan siapa-siapa.

Aku suka zaman kecik aku, masa aku dilahirkan (semula?). Yaa, mungkin aku tak berapa nak ingat kenangan itu. Tapi semuanya terasa indah dan manis. Aku tidak pernah dihantar ke sekolah oleh mak ayah aku. Sejak aku kecik lagi mak ayah aku akan bergilir-gilir membawa aku ke tempat mereka bekerja. Mereka tidak pernah mengupah orang gaji atau baby sitter seperti mak ayah yang lain. Mereka menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Mereka memanjakan aku. Aku dibelikan pelbagai keperluan, kadang itu mereka akan beri apa sahaja tanpa permintaan aku. Aku terasa akulah anak yang paling bahagia. Aku tidak punya teman atau sahabat. Aku hanya berjumpa dengan yang sebaya aku di tempat kerja mak ayah aku. Hanya disitu sahaja aku boleh membuat kawan. Tapi aku pelik kenapa mereka mengasingkan aku. Mereka tidak mahu berkawan dengan aku ke ? Kenapa ? Aku terasa disisirkan. Aku sedih.

Pada waktu itu aku mula sedar, tidak semua mahu berteman dengan kita. Tidak semua mampu menerima kita apa adanya. Aku tidak cacat, mak ayah aku selalu puji aku lah yang paling sempurna. Sekarang baru aku sedar, mak dan ayah aku adalah keluarga dan teman yang aku ada. Aku sayang mereka. Tapi semua itu hanyalah sementara. Sejak aku berumur 6 tahun, aku mula terasa sesuatu yang aneh. Mak ayah aku kedua-duanya dinaikkan pangkat dan... mereka sudah jarang membelai aku dan membawa aku ke pejabat mereka. Aku mula sedapkan hati aku, mungkin mereka banyak kerja di pejabat dan penat. Kini umurku sudah mencecah 9 tahun, tapi lama-kelamaan hubungan kami menjadi semakin renggang. Sampaikan kekadang aku tidak sempat pun untuk menatap wajah mereka. Manakan tidaknya mereka pergi ke pejabat ketika matahari masih malu-malu mahu menampakkan diri dan pulang dari pejabat ketika matahari sudah penat menyinari bumi Allah. 

Aku hanya mampu menyepikan diri. Siapalah aku ingin mempertikaikan pekerjaan mereka sedangkan aku juga hanya menumpang. Kalini aku benar-benar tidak punya sesiapa lagi. Aku masih terpikir, adakah mereka masih sayang akan aku lagi ataupun tidak ? Persoalan itu terus menghantui aku sehingga kini. Kerna apa ? Bukan kerana aku takut ingin menujukan soalan itu kepada mereka tapi kerana aku hanya lah sebuah kereta secondhand yang sudahpun rosak dan hanya tunggu masa untuk dijual kembali.


aku harap rupa aku begini (walau hanya dalam mimpi)

Comments

Popular posts from this blog

habit

morning guys !   aku nak share pasal habit aku, semua orang ada habit kan ? so habit aku ni aku suka dengar lagu kanak kanak huhu ^-^ sebab aku memang suka dengar lagu, kadang kadang bila adik aku buka tv ke youtube ke aku tumpang ah menyelit senyap senyap tak pun pasang telinga hehe.  so lagu yang pemes sekarang mestilah didi & friends (sape je taktahu en), suka betul aku kalau adik aku buka lagu tu mesti aku akan curi curi tengok HAHAHAHA. aku suka lagu ni sebab aku rasa aku ni masih muda 😋 hehehehe  lagu kedua pulak aku suka dengar lagu omar & hana sebablagu lagu ni semua tentang islam. bagi aku lagu ni bagus kalau dideahkan kepada anak anak yang sedang membesar sebab dapat lah juga untuk diorang mengenal adab dalam islam.  chichi & chacha apa kurangnya best juga kalau dengar. kadang kadan boleh tambah ilmu pengetahuan sebab dalam cerita ni (cerita ke lagu ea ? whatever lah) akan ada satu slot yang menguji ota...

My Passion(s) ~Sports

Hi. Greetings human. Today I'd like to share with you sport that i once really into when i was in secondary school. There are 4 sports that I like to play. So first sport that I really like was Tennis. My father & his family are good on playing tennis. That why i kinda interested to play this game. The skills on hitting the ball amazed me. Yea this game need alot of stamina , skills & good strategy. Discuss Throw. I amazed that this CD shaped thingy need a good skill to make the throw get more further. I thought it was easy to just throw it & that thing can go far far away. My practice kinda paid off on last time i was with that thing. at least i could throw around 39meter far Men Shot Put. this also i like it cause it was easy. just push with some skill. then you get it. hehe Javelin Throw. I played this too but i don,t have any picture of me holding that thing but nvm i want to claim it anyway.