Skip to main content

Posts

Showing posts with the label adam

Tips jimat duit dalam rumah

  1. Tutup dan cabut plug peralatan elektrik yang tidak digunakan seperti TV, Modem Internet Streamyx atau Unifi, computer, laptop. Jimat 10%. 2. Tutup lampu atau kipas yang tidak  digunakan atau tidak diperlukan. Jimat 2%. 3. Untuk peralatan seperti computer atau TV, digalakkan untuk pakai   Surge Protector   untuk selamatkan ia dari kilat. Dapat elakkan daripada beli peralatan baru. Boleh dapatkannya di   Lazada . 4. Beli peralatan elektrik yang jimat tenaga (5 Star Efficiency). Jom survey online di  Lazada  atau Senheng, tak payah susah-susah pergi satu-satu nak survey. Jimat 10%.

Tips belajar last minit

 Okay hi guys harini aku akan ceritakan sikit cara cara nak study last minit. Aku tahu ramai kawan kawan aku suka tips ni sebabtu aku nak share ngan korang.  1) Study Group Ada yang suka belajar berkumpulan, ada yang suka belajar berseorangan. Tapi, percayalah! Kalau korang dah tahap kritikal macam ni, study group adalah salah satu cara efektif untuk korang jika pandai memanfaatkan masa. 2) Baca dan kongsi Bila dah baca, jangan simpan sorang-sorang. Korang kena kongsikan dengan kawan-kawan. Korang kena cerita semula apa yang dah baca tadi. Kalau korang study sorang-sorang, nak cerita dengan pet kesayangan pun boleh. 3) Baca tip Sebelum minggu peperiksaan, mesti ada antara cikgu yang dah bagi klu tentang tajuk atau bab mana yang korang kena tekankan. Jadi, pilihlah tajuk yang penting untuk dibaca. Kalau baca semua, memang tak sempat lah. 4) Banyakkan buat latihan Nama pun  ‘last minute’ . Jadi, lebih baik korang banyakkan buat latihan daripada membaca. Lebih baik korang me...

One Punch Man!

  Yeah datang lagi dalam episode One Punch Man. Dibintangi oleh Saitama. Macam tajuk anime ni, Saitama ni hanya perlukan satu tumbukan untuk kalahkan lawannya tak kiralah kuat mana pun lawannya. Genos (favourite character aku) merupakan separuh robot dan separuh manusia. Saitama ni dua punya kuat tu sampai Genos sanggup untuk menjadi anak didik Saitama. Genos ni kuat jugak,  kalau badan dia berkecai waktu bertarung pun, dia still banyak sparepart yang boleh ditukarkan oleh kerana tubuhnya yang separuh robot. Ni time fitness test, Saitama memang perform habis ah time ni. Aku habiskan blog ni kat sini dulu, jumpa korang dalam blog seterusnya.

Aktiviti Semasa PKP (3)

 Okay so hi semua, berjumpa lagi dalam rancangan dah siap blog ke belummmm? Hehe so aku nak sambung pasal series anime yang bagi aku memang the best anime of all time. Aku rasa ramai je yang tonton series ni sebab memang trending anime ni. Mengisahkan tentang Tanjirou, seorang anak muda yang kehilangan keluarganya akibat diserang oleh 'demon' dan hanya tinggal adiknya sahaja yang bertukar menjadi separuh manusia dan separuh 'demon'. Ya ini Tanjirou, seorang budak yang tak pernah kenal erti putus asa dalam mengejar cita citanya yang ingin menjadi demon slayer yang terhandal di kawasannya. Ini pula adiknya, Nezuko yang merupakan seorang gadis yang amat comel, hadeh lemah betul tengok Nezuko ni.  Ini pulak kawan Tanjirou, Zenitsu namanya. Seorang yang penakut tetapi sebenarnya kuat nakmampus. Cuma dia yang tak perasan akan keupayaannya. Aku bagi rating ni 10/10 sebab memang gempak habisla anime ni. Kepada sesiapa yang belum tengok bolehla tengok eh.

Tempat menarik di Penang (2)

 5.  Tokong Ular merupakan kuil ular yang dibina oleh seorang sami buddha bernama Chor Soo Kong pada tahun 1850 yang dikatakan pandai mengubat penyakit serta memberi pelindungan kepada ular. Tempat ini dipenuhi dengan asap colok dan ular tedung yang menjadi tumpuan khususnya pemain ular.  Tempat ini juga dikatakan tidak berbahaya kerana ular-ular tersebut dibuang kelenjar-kelenjar bisa yang mana hanya mengekalkan taring ular sahaja.  6. Taman Negara Pulau Pinang terletak di sebelah persisiran pantai Pulau Pinang yang dahulu dikenali Hutan Simpan Acheh.Taman Negara Pulau Pinang sangat menarik dan merupakan salah satu tumpuan para pelancong kerana ia menempatkan pelbagai  spesis   flora  dan  fauna  yang jarang ditemui yang hampir pupus serta mempunyai ekosistemnya yang tersendiri.Pengunjung juga berpeluang mendalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir, pantai berbatu sehingga dataran lumpur, paya bakau dan hutan hujan tropika. 7. De...

Tempat menarik di Penang (1)

  1. Bukit Bendera Bukit Bendera adalah destinasi pelancongan paling popular di Penang. Ia merupakan kawasan peranginan tanah tinggi yang dibangunkan oleh British pada zaman penjajahan dahulu. Beberapa peninggalan sejarah masih dapat dilihat disini termasuk keretapi kabel yang terkenal itu. 2. Padang Kota Lama Padang Kota Lama atau dikenali sebagai Esplanade telah mengalami perubahan yang agak ketara berbanding dahulu. Kawasan gerai makan telah dipindahkan ke lokasi baru dihujung pantai.Sekarang ia menjadi kawasan lapang sesuai untuk pengunjung bersiar-siar, bersantai melihat pemandangan menarik sambil dihembus angin laut. 3. Batu Feringghi Pantai Batu Ferringhi ialah destinasi popular untuk mandi laut di Penang. Ramai keluarga berkunjung kesini pagi dan petang untuk menggembirakan hati anak-anak. Anda juga perlu singgah ke pantai ini jika bercuti. 4. Seperti yang diketahui, Pulau Pinang merupakan destinasi yang diiktiraf oleh UNESCO kerana tarikannya yang cukup luar biasa. Menempa...

My Favourite Series 3

 Hi guys harini aku akan sambung kongsi tentang series kesukaan dekat Netflix yang berbaloi untung korang tonton ( tak sesuai tengok bersama keluarga ye) The series is : Money Heisttttt Cerita ni bagi aku tak sesuai ditonton oleh umur 18 ke bawah sebab atas sebab tertentu hehe. Tapi storyline dia memang mindblown and gempak. Dilakonkan oleh The Professor sebagai watak utama dan perancang kepada rompakan yang terbesar dalam sejarah rompakan. Ha kan aku cakap, korang baca aku type ni pun korang rasa macam curious kan, so apa lagi, pergila tengok (kalau boleh tengok la lepas final exam)  Pelakon dia pun semua memainkan watak mereka dengan begitu mantap so aku memang puas hati la dengan lakonan dorang. Ya ni adalah favourite character aku. Sebabnya adalah.... ha korang kena tengok sendiri sebab kalau aku cerita nanti macam tak best lah en. So aku rasa itu je kot untuk blog untuk kalini. Bye

My Favourite Series 2

 Yo geng, harini alang alang aku bangun awal (morning person) so aku macam rajin pulak nak buat blog sikit hehe. Aku akan sambung pasal series kesukaan aku dalam netflix 🌬 Okay aku rasa sekali pandang pun korang dah tahu ni cerita apa en, ya ceritanya adalah Crash Landing On You, best woi serius aku suggest korang tengok. Mengisahkan tentang Captain Ri Jung Hyuk dan Yoon Se Ri. Yoon Se Ri ni terperangkap dekat North Korea lepas dia punya parachute tiba tiba hilang kawalan. Dan dari situ bermulalah kisah cinta mereka 😭 Watak sampingan dia pun padu do, memang dua dua memainkan watak yang penting jugak dalam drama ni. Apa yang aku boleh cakap, episode last dia memang sedih, sebaik aku ni bukan hati tisu. Ha korang tengokla sendiri tweet aku ni blow  up kat twitter, the amount itself dan boleh prove this drama is worth the time to watch 🀩. So aku pun dah flex yang aku pernah jadi tweetfemes so aku undurkan diri dulu ye 😚