ASSALAMUALAIKUM SEMUA! Harini aku nak buat perkongsian tentang
tempat kelahiran aku iaitu Bandaraya Ipoh. Ipoh ni ada banyak tempat
menarik untuk dikunjungi dan
diterokai.banyak tempat yang menarik yang
mempunyai sejarah tersendiri.
Antara tempat yang selalu dikunjungi adalah Taman
Tema Air Lost World of Tambun. Taman tema
ni mesti ramai orang kunjung masa cuti sekolah.
Pelbagai daya tarikan yang terdapat dalam taman tema ni yang menjadi
tumpuan para pengunjung. Banyak benda yang boleh korang cuba kat Lost
World ni. Kolam air panas pun ada. Taman
tema air ni beroperasi hingga waktu malam(untuk kolam air
panas shj). huhuhu.
 |
| depan main entrance Lost World |
Selain tu, ada lagi tempat yang menarik kat Ipoh ni iaitu Concubine Lane. Kat sini, kalau weekend je memang ramai lah orang. sebab kat sini jugak macam-macam daya tarikan yang ada. Antaranya, terdapat satu kafe yang berkonsepkan filem Harry Potter. Nama kafe tu, Platf9rm Coffee and Brew Cafe (cari kt ig). Kat situ korg bolehla bergaya ala-ala Harry Potter sbb pengurusan kafe tu ade sediakan accessories macam Harry Potter untuk pengunjung bergambar.
 |
| Concubine Lane |
 |
| Di Platf9rm Coffee and Brew Cafe |
Seterusnya, Art of Old Town & Ipoh Heritage Trail yang
terletak di pekan Ipoh. Kalau nak buat photoshoot untuk
perkahwinan atau nak ambil apa-apa gambar pun memang sesuai sangat buat sekitar
pekan Ipoh sebabnya terdapat pelbagai lukisan mural yang
dilukis di dinding bangunan-bangunan lama sebagai salah satu daya tarikan di
Ipoh.
 |
| (sumber: Google Images) |
Ada satu
lagi tempat yang menarik iaitu Book Excess. Kat
kedai ni, macam-macam jenis genre buku dijual untuk kanak-kanak dan juga
orang dewasa. Dalam kedai ni juga, ada tarikan yang boleh buat kita
rasa nak ambil gambar. Kedai ni, ampak macam setingkat tapi
sebenarnya, ada lagi ruangan bawah tanah. Jadi, korang
kena pandai explore la. Huhuhu.
 |
| Ni kat Excess Book. Setiap gmbr kt blkg tu, ade Quotes. |
 |
Di Excess Book
|
Jadi, setakat ni lah perkongsian aku sikit tentang Bandaraya Ipoh. Sebenarnya, banyak je lagi tempat yg menarik kt Ipoh ni. Kalau aku cerita semua, fuhhhhh. lambat habis ahh cite die. Nantikan perkongsian aku dalam penulisan blog seterusnya.
Comments
Post a Comment