SEBAK SI HATI
DALAM KALAM SETIAP SITUASI
MERENUNG DIPENJURU KEGELAPAN
ADA YANG MENDENGAR
DAN ADA JUGA YANG TAK ENDAH
SEGUNI KASIH DIMINTA
HANYA MENDAPAT SECEBIS
APABILA DIGANTI SEMULA
MEREKA BERKATA IA TIDAK ADIL
KALAU SAKIT BOLEH DIOLAH SUARA
KALAU PAHIT BOLEH DIBERI RASA
SUDAH PASTI TIADA TITIK HITAM
YANG KIAN MENJADI BESAR
BENAR BINTANG ITU INDAH
TETAPI IA DIKELILINGI KEGELAPAN
WAHAI HATI KUMINTA KEMAAFAN
KERANA MEMBIARKAN DIRIMU
DITEMANI SANG KEGELAPAN..
Comments
Post a Comment