Skip to main content

Pemuda Tendong (HK GROUP)

Hai guys.... Dalam entry kali ni aku nak share tentang geng  kampong aku. Aku berasal dari Kampung Cina Tendong Pasir Mas Kelantan. Kampung Cina Tendong ada banyak keunikkan seperti Tokong Thien Boo Kong, Wat Chinpradittharam dan yang paling ialah terdapat group pemuda iaitu HK GROUP.  HK bukan bermaksud Hong Kong tapi HAO KO. Hao ko dalam bahasa hokkian bermaksud kuat makan. Nama Hao Ko ni sebenarnya ayah aku yang berikan. Ayah aku memang rapat dengan budak budak remaja kampong aku. Benda ni bermula semasa ketua sami Wat Tendong jatuh sakit, ayah aku boleh dikatakan setiap khamis malam menjaga ketua sami kampung kami. Then geng pemuda ni pon bersatu hati pergi tolong ayah aku menjaga ketua sami kampung kami.
 ( HK GROUP menerima penghargaan dari pihak lor chu bio 2019)

HK group adalah antara pemuda pemuda yang membantu ketika  adanya perayaan perayaan di kampong. Senang citer kalau takde kami memang perayaan tu takkan jalan dengan lancar punya la. (Bukan nak riak tapi tu la kenyataan 😂)
(Ni masa nak menjalankan upacara shang ong chun) 

Seperti yang diketahui ramai, orang cina Kelantan banyak menerima budaya orang Siam. Begitu juga dengan kami,  kami belajar seni muzik orang Siam iaitu thapjau dari ayah saya dan Ko Lu, seorang yang mempunyai ilmu dalam seni muzik thapjau. 
             (Sek kito x rama tpi kito ado) 

Semasa perayaan Thod Phapa HK GROUP berfungsi sebagai pemeriah majlis semasa hea (perarakan penyerahan TriChevon (hor par ) kepada bhikku) dengan bermain thapjau. 
    

Kami juga pernah terlibat dengan perarakan sempena ulang tahun Kew Ong Ear tahun 2018. Dalam perarakan tersebut kami telah mewakili Bio Tendong telah bermain thapjau dari SMJK CHUNG HWA KOTA BHARU Ke Bio TOW BOO KEONG KIU ONG TAI TAY KOTA BHARU.                      First night of CNY 2019
Haaaa.....  Ni first night CNY kitorang berkumpul bersama, macam biasa la CNY kan kalau bukan minum berjudi la jawabnya😂. Time ni jerr la semua dapat berkumpul sekali sebab kalau hari biasa masing masing sibuk dengan kerja , sekolah , ada yang kerja jauh, belajar jauh  (Hmmm.... Tiber rase homesick 😌). Kitorang dh macam hentai (haaa...  Sebelom korang fikir bukan bukan meh aku jelaskan ,hentai dalam bahasa hokkien ialah saudara atau adik beradik). So kalau ada yang dalam kesusahan semua datang tolong. Aku harap HK GROUP ni akan kekal sampai bila bila walaupon nanti semua sibuk kerja dan belajar. Haaa... Sampai sini saja perkongsian saya dalam entry ni. Saya budak baru belajar kalau ade silap tu jangan kecam eyh... 
Haaaa.... Ni kalau nk tahu ni lah perayaan koi hoi bukan bakar rumah eyh.... Ikut kepercayaan Tao perayaan ni adalah untuk menghalau element negative dalam rumah. Masa ni la dapat main api dalam rumah tanpa risau parents marah 😂😂🔥
    haaa.... Yang ni semua single kalau ade yang berkenan sila pm tepi eyh 💘

Comments

Popular posts from this blog

DEEPAVALI - 2019

"A picture is worth a thousand words " So it would be nice if i start this blog with a picture. Family  I'm not sure the picture is worth a thousand words but i can explain to what is going on in the picture. So its basically the first day of Deepavali and my family and I went to the temple for prayers. After prayers its BREAKFAST TIME. So everybody get their delicious breakfast for FREE....Yum Yum. Ok you might be wondering about those 3 in the picture. The last one from the far right is my brother a.k.a. Thambi. The one in the left is my uncle and its his son in the middle and they were just enjoying the vibe in the temple. Gangster  Nahhh the caption was just a joke. The guy in the middle is just my cousin brother but the best part was i caught his picture while he was shaking hands with his friends (fyi this was before covid-19) and it seemed like some kind of gangster just came in the temple and all the gangsters made a meeting. Ok ignore th...

Nearest Park from my Home town

  HI GUYS  Let me talk about the nearest park from my home town to you guys. GUNUNG LEDANG Source : Google  Source :Google  Gunung Ledang National Park lies simply inside Johor's fringe with Melaka, around 30 km from the town of Muar. The recreation center encompasses the famous Mount Ophir, presently called Gunung Ledang, which is 1,276 meters high. As per a sign at the passage to the recreation center, Gunung Ledang is Malaysia's 64th most elevated mountain and the 6th generally hard to ascend, be that as it may, as should be obvious from the more point by point list on myMalaysia Mountains page, Ledang is in reality just the 134th most elevated pinnacle, and it doesn't rank in the best 20 tops as far as trouble. SOURCE : GOOGLE  There are different legends relating to the mountain including an otherworldly princess, gold and silver stores, the renowned warrior Hang Tuah and that's only the tip of the iceberg. It is viewed as a profound spot. One of the rumore...

Aktiviti semasa PKP (2)

 Hi semua, disebabkan aku tahu yang aku ni suka buat kerja last minit so aku akan sambung aktiviti-aktiviti lain yang aku buat jugak time bercuti lama kat rumah ni. Selain daripada menonton netflix, aku ada jugak bersukan dengan kawan aku, antaranya adalah berkayuh basikal Ya hensem kan? Aku pun rasa macamtu jugak, by the way ni kami kayuh dekat dalam Penang, niat nak pergi Padang Kota Lama tapi tutup pulak dah sebab kami sampai sana lambat 😭😭 So kami pun decide untuk pergi McDonalds sebab malam tu tak banyak kedai yang bukak dah so kami pun bantai jela McChicken janji kenyang ehe. Kawan aku ni nama dia Wan Amarullah, kami bertolak sekali dari Sungai Petani sampai ke Penang semata mata nak kayuh sebab basikal tu ada dekat rumah abang dia dekat sana, overall memang best la dapat kayuh tambah tambah waktu malam, takdela panas sangat en dan berangin je rasa 🌬 So aku rasa ni je kot untuk entry aku kalini, Bye semua jumpa lagi pada entry akan datang