Skip to main content

Posts

Showing posts with the label AFYF JAZIMIN

KEINDAHAN PERSAHABATAN

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Untuk blog yang terakhir ini, aku nak bercerita sedikit tentang persahabatan. Seperti entries aku sebelum ini, aku pernah berkongsi keakraban persahabatan aku.  Pada suatu ketika dahulu, beberapa hari sebelum aku pulang ke ALAM, sahabat-sahabat aku keluar makan bersama. Kiranya itu sebagai gathering terakhir sebelum aku pulang. Pada malam itu, gelak dan tawa menghiasi suasana itu. Aku berasa sangat gembira sebabnya sejak PKPP, kami sudah lama tidak berkumpul ramai-ramai dan lepak sehingga lewat malam.Ketika itu juga, banyaklah kisah-kisah lama yang mula diceritakn semula. Kiranya, macam nak mengenangkan kenangan yang lalu.  Aku yakin, setiap daripada kita pasti akan ada sekurang-kurangnya seorang sahabat. Bagi aku, sahabat ini adalah orang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kita namun dianggap sebagai ahli keluarga sendiri. Aku pernah terbaca sepotong ayat ini dalam mecari sahabat, iaitu " Carilah sahabat yang boleh dijadikan...

IMPIANKU !

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA. Harini aku nak berkongsi sedikit tentang impian.  Aku pasti, setiap orang pasti mempunyai impian dalam kehidupan mereka. Tidak kira sebesar mana pun impian tu tapi aku percaya, setiap orang pasti akan berusaha untuk mencapai impian mereka. Apabila seseorang itu telah mencapai impian mereka, maka itu akan membuatkan mereka gembira kerana dengan setiap titik peluh yang keluar itu telah menghasilkan sesuatu dan itu adalah antara nikmat Tuhan yang paling besar buat kita. Jadi, untuk entry kalini, aku nak berkongsi tentang impian aku.  Aku menyambung pengajian aku ke peringkat yang lebih tinggi ini dengan membawa impian aku dan juga harapan ibu bapa aku. Aku telah bertekad dengan niat dan impian aku, untuk membalas semula jasa ibu bapa aku. Sesukar mana pun jalan yang harus aku lalui, In shaa Allah, dengan doa mereka juga aku mampu lalui semuanya.  Dari sinilah aku mulakan langkah aku untuk mencapai impian aku. 7 Julai 2019 meru...

BUBBLEBEE

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Untuk entry kali ni, aku nak berkongsi sedikit mengenai air ala-ala boba tapi air ni ada kelainan yang tersendiri. Seperti korang tengok tajuk aku kalini, korang mesti dapat recognize air yang aku maksudkan tu. huhu.  Seperti yang umum tahu, artis tempatan negara kita iaitu shuib sepahtu telah membuka perniagaan air ini sejak beberapa bulan yang lalu dan kini telah menambahkan cawangannya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.  (source: google image) Gambar diatas adalah merupakan pengusaha Bubblebee iaitu Shuib Sepahtu. Harini aku berkunjung ke cawangan yang terletak di sekitar kawasan Setapak, Kuala Lumpur. Setibanya aku di kedai tersebut, memang ramai sangat orang yang sedang beratur untuk membeli air di kedai tersebut tapi alhamdulillah cuaca pun mendung sahaja jadi tidaklah berpeluh sangat ketika menunggu giliran.  So, harini aku dapat rasai air tersebut dan bagi aku air tu memang sangat sedap! Aku beli 3 jenis air yang berbe...

ANUGERAH DARIPADA TUHAN.

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA! Untuk blog kali ini aku ingin berkongsi sedikit tentang pemberian daripada Tuhan yang sangat bermakna dalam hidup aku. Pemberian inilah yang banyak memberi kesan dalam hidup aku.  (source ; google image) Aku berasa sangat bersyukur dengan segala pemberian Tuhan keatas diri aku. Segala pemberian-Nya sangat memberi kesan dalam kehidupan seharian aku. Pemberian ini jugalah yang telah memahami diri aku dan mengenali diri aku. So, aku akan proceed dengan anugerah daripada Tuhan yang sangat bermakna dalam hidup aku.  First sekali, adalah ahli keluarga aku sendiri. Mereka lah juga yang sangat memahami aku tatkala aku gembira atau bersedih. Mereka jualah yang menjadi semangat aku sepanjang aku hidup. Ahli keluarga aku ini lah yang sentiasa sokong aku walaupun aku dalam masalah. Merekalah yang paling penting dalam hidup aku. Tanpa sokongan dan semangat mereka, belum tentu aku akan berada dimana aku berada sekarang.  Ini pula adalah sahaba...

LAGU

  ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA ! Harini aku nak berkongsi sedikit tentang lagu.  Bagi aku, setiap lagu ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh penyanyi. Pasti ada maksud dalam setiap lirik yang ditulis dan dinyanyikan. Untuk entry kali ni, aku nak berkongsi sedikit tentang lagu favourite aku sebab setiap lagu yang aku pilih ni, sangat memberi kesan terhadap jiwa dan hidup aku.  1) SAKIT (Zynakal ft. Yonnyboi) (source : google image) Lagu ini mengisahkan tentang dua orang sahabat dimana salah seorang daripada mereka menghadapi tekanan hidup dan seorang lagi membantu sahabatnya itu yang menghadapi masalah. Lagu ni memberi makna untuk diri aku sendiri sebab benda ni berlaku dalam kehidupan aku sendiri. Bila aku ada masalah, pasti akan ada sahabat yang akan support and tolong bagi nasihat untuk aku terus kekal kuat. kadang-kadang juga, bila sahabat aku sendiri yang hadapi masalah, aku juga akan lakukan perkara yang sama.  2) SEE YOU AGAIN (Wiz Khalifa ft Charlie P...

HARGAI.

ASSALAMUALAIKUM GUYS! Apa khabar semua? Ada baik? Harini, aku ada perkara yang nak ditulis berkaitan dengan tajuk aku kalini iaitu 'HARGAI'.   Dalam kehidupan kita ni, tak susah pun nak hargai orang sekeliling kita. Kadang-kadang, dengan ucapan pun sudah memadai. Tak perlu nak bagi hadiah, tak perlu nak bagi duit. Cukup dengan ucapan 'Terima Kasih'. Tapi, nak ungkapkan ucapan seringkas itu cukup susah untuk kita. Jangan sampai satu masa nanti, orang yang kita sayang contohnya kawan kita, akan pergi dari hidup kita sebab dia berasakan kehadiran dia dalam hidup kita tidak dihargai.  Basically, aku cuma nak cerita kehadiran orang di sekeliling kita ni pasti ada sebabnya. Mungkin, kehadiran mereka adalah untuk membantu kita. Untuk memudahkan hidup kita. Namun, bila mereka sudah bantu, jangan pula kita lupa untuk hargai bantuan mereka itu.  (source : google...