Tersebutlah kisah seorang abid yang kuat ibadatnya, tiadalah henti siang dan malam menyembah dia kepada Ilahi. Bertandanglah seorang perawan ke rumah abid tersebut untuk bertanya akan rahsia keistiqamahan ibadat yang dilakukan oleh si abid. Tiadalah si abid itu sedikit niat pun untuk menyembunyikan rahsia kekuatan ibadatnya kerana bukanlah dia mahu berlumba siapakah yang lebih pantas ke syurga tetapi sukanya dia mahu kesemua makhluk Tuhan yang ikhlas hidup mereka bersama-sama menuju ke jannah. Maka jawab si abid, "Aku memakai sabun bidara dan menyimpan bulu ketiak yang panjangnya lebih daripada satu lilitan jari. Bau sabun bidara itu digeruni oleh para syaitan dan iblis. Tidaklah mereka dapat mendekati apatah lag i membisikkan kejahatan kepadaku apabila badanku diselaputi bau sabun bidara." "Bagaimana pula dengan bulu ketiak yang lebih satu lilitan itu,wahai orang alim? Tidakkah ada riwayat mengatakan syaitan suka bergayut pada bulu ketiak yang sebegitu...
Total strength 24 sir!