Skip to main content

Travel di dalam Malaysia? (Part 2)


Assalamualaikum and hi guysss!!πŸ˜‡
Macam yang aku janjikan untuk Part 2 pulak tentang tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi dalam Malaysia niπŸ‘πŸ». Okay negeri ni terletak di pantai timur, tidak lain tidak bukan negeri Kelantan Darul Naim. Apa yang menariknya tentang Kelantan ni? Bagi aku, seronok jugak pergi ke Kelantan ni sebab kt sini kaya dengan pelbagai makanan.😍😍 Okay kali ini aku nk sharekan sikit tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi kat Kelantan ni dan tempat-tempat ni semua aku dah pernah pergiπŸ‘πŸ»


Okay kalau korang ke Kota Bharu, korang boleh pergi ke Pasar Siti Khadijah dan Wakaf Che Yeh. Dekat sini banyak barang yang dijual seperti keropok, kain dan lain- lain lagi. Senang cakap tempat ni sesuai untuk korang yang suka shopping dan cuci mata😍. Tetapi bagi aku harga barang di Wakaf Che Yeh lebih murah berbanding di Pasar Siti Khadijah. Walaubagaimanapun, Wakaf Che Yeh hanya dibuka pada waktu malamπŸ‘πŸ». Sesuaila untuk mak-mak untuk shopping di sini hahaha, aku pergi Kota Bharu ni kat sini je dah 2 hari spend masa untuk shoppingπŸ˜‚.

Okay tempat seterusnya ialah Pantai Cahaya Bulan. Tempat ni memang aku suggest hahaha sebab aku memang suka pegi pantai. Ramai orang dekat sini lagi-lagi waktu petang. Aktiviti yang korang boleh buat kat sini adalah main layang-layang dan berjalan-jalan hidup udara segar sebab waktu petang kat sini angin die masyallah kuat πŸ˜‚. Dekat sepanjang jalan pantai tu pulak banyak gerai makan. Lepatu sini famous kalau korang makan makanan seafood macm sotong goreng tepung dan udang goreng tepung.


Okay akhir sekali, aku jugak sempat singgah ke Rantau Panjang. Dekat sini aku sempat melawat Masjid Beijing. Kalau korang nak tahu senibina masjid ini memang berkongsepkan senibina cina. Haaa tgkla gmba yang aku dah letak kat atas tu. Cantik kann?

Akhirnya aku rasa Kelantan ni banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi cumanya korang kena la rajin explore. Mungkin lepasni aku nak pergi ke belah2 sempadan ke Thailand tu pulak. Lagi satu makanan kat Kelantan ni sedap tau😍. Boleh makan nasi kerabu fav aku. Overall aku rasa korang kena la dulu bercuti dekat dalam Malaysia ni dulu dari pergi luar negara sebab banyak lagi tempat yang belum kite explore bak kata pepatah “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri “. Aku rasa cukupla perkongsian aku setakat ini, thank you kepada yang sudi membaca!πŸ₯°

Comments

Popular posts from this blog

DEEPAVALI - 2019

"A picture is worth a thousand words " So it would be nice if i start this blog with a picture. Family  I'm not sure the picture is worth a thousand words but i can explain to what is going on in the picture. So its basically the first day of Deepavali and my family and I went to the temple for prayers. After prayers its BREAKFAST TIME. So everybody get their delicious breakfast for FREE....Yum Yum. Ok you might be wondering about those 3 in the picture. The last one from the far right is my brother a.k.a. Thambi. The one in the left is my uncle and its his son in the middle and they were just enjoying the vibe in the temple. Gangster  Nahhh the caption was just a joke. The guy in the middle is just my cousin brother but the best part was i caught his picture while he was shaking hands with his friends (fyi this was before covid-19) and it seemed like some kind of gangster just came in the temple and all the gangsters made a meeting. Ok ignore th...

Nearest Park from my Home town

  HI GUYS  Let me talk about the nearest park from my home town to you guys. GUNUNG LEDANG Source : Google  Source :Google  Gunung Ledang National Park lies simply inside Johor's fringe with Melaka, around 30 km from the town of Muar. The recreation center encompasses the famous Mount Ophir, presently called Gunung Ledang, which is 1,276 meters high. As per a sign at the passage to the recreation center, Gunung Ledang is Malaysia's 64th most elevated mountain and the 6th generally hard to ascend, be that as it may, as should be obvious from the more point by point list on myMalaysia Mountains page, Ledang is in reality just the 134th most elevated pinnacle, and it doesn't rank in the best 20 tops as far as trouble. SOURCE : GOOGLE  There are different legends relating to the mountain including an otherworldly princess, gold and silver stores, the renowned warrior Hang Tuah and that's only the tip of the iceberg. It is viewed as a profound spot. One of the rumore...

Aktiviti semasa PKP (2)

 Hi semua, disebabkan aku tahu yang aku ni suka buat kerja last minit so aku akan sambung aktiviti-aktiviti lain yang aku buat jugak time bercuti lama kat rumah ni. Selain daripada menonton netflix, aku ada jugak bersukan dengan kawan aku, antaranya adalah berkayuh basikal Ya hensem kan? Aku pun rasa macamtu jugak, by the way ni kami kayuh dekat dalam Penang, niat nak pergi Padang Kota Lama tapi tutup pulak dah sebab kami sampai sana lambat 😭😭 So kami pun decide untuk pergi McDonalds sebab malam tu tak banyak kedai yang bukak dah so kami pun bantai jela McChicken janji kenyang ehe. Kawan aku ni nama dia Wan Amarullah, kami bertolak sekali dari Sungai Petani sampai ke Penang semata mata nak kayuh sebab basikal tu ada dekat rumah abang dia dekat sana, overall memang best la dapat kayuh tambah tambah waktu malam, takdela panas sangat en dan berangin je rasa 🌬 So aku rasa ni je kot untuk entry aku kalini, Bye semua jumpa lagi pada entry akan datang