Skip to main content

Family ; I love you .


Assalamualaikum , hai guys !
Haa okay tak mood awak yang baca ni ? Kalau okay bolehla baca perkongsian blog saya ni haa . Kalau tak okay pun baca gak ar . Tak kira . Ahaha

 Jadi untuk kalini , saya nak share tentang family saya yang mungkin jadi family awak nanti , chia chia chia . Maaf maaf , gurau sikit. Haahaha okay selamat membaca ya . Elehh sengih la tu .

Haa , saya ada 6 beradik . 5 lelaki 1 perempuan . Dalam adat beradik , biasa la jadi anjing dengan kucing . Kerap kerap bergaduh . Semua tak puas hati , tak boleh lebih sikit haihh . Dalam kereta berebut nak duduk seat depan . Makanan kalau ayam mesti tak puas hati saiz tak sama . Tapi sebagai adik beradik . Benda macam ni la bila besar kita rindu . Haa betul en ?

5 siblings of us .

Okay la ada princess sorang dalam family . Kakak saya sulung , perempuan sulung ni garang gila nak mati . Saya pernah lari dari rumah sebab merajuk dengan dia . Haihh tapi masatu saya kecil lagi la . Sekarang tak dah la . Sekarang dia dah ada rumah tangga sendiri . Ada tanggungjawab sebagai seorang isteri .

She looks so beautiful in white.

Dua orang abang saya pulak paling padu kat dunia . Depa dua ni pernah buat projek khas dalam rumah , blackout gais rumah , BLACKOUT ! Biasala teramat padu , disebabkan perbezaan umur kami yang selang 2 tahun satu Sama lain . Banyakla benda kami kongsi bersama . Mandi sungai , main bola , buat itu buat ini . Paling dahsyat , mak ayah tak tahu geng ! Balik tiga tiga kena piapp ar dengan rotan . Nasib saya paling kecil antara Kami bertiga , saya paling sikit la kena . Ahahahah


Both of my brothers .

Adik saya sorang ni haa bongsu . Kalau saya gaduh dengan dia , mak datang tak bincang tak apa , saya la yang kena . Tapi takpa , saya okay ja . Nangis pun nyorok nyorok kunci bilik tiada sapa tahu . Bagus kalau bongsu ni , dia la yang teman mak ayah bila adik beradik yang lain tengah sibuk en . Haa penting tau . 


Me feat my little brother.


Eh baru 5 beradik mana lagi satu ? Haa adik saya sorang lagi belum sempat mengenal dunia dengan mendalam . Dia meninggal dunia  . Alfatihah buat dia . Satu family sayang dia.


Almarhum the little one .


Haa kesimpulannya , datangnya adik beradik hebat Kami ni adalah daripada dua insan hebat iaitu ibubapa . "We were born from two stars , so the moon is where we land ." Keluarga ni kita tak mintak , dia hadir sebagai anugerah . Anugerah yang sangat besar .


My family give you a smile .

Okay la , panjang ni , penat la nak baca ish . Saya nak tidur ni . Kesian katil tu kosong ja tadak sapa guna . Jumpa di lain blog ya .

XOXO

Comments

  1. Wa wa, terlalu jago dan trlalu sakti jalann citee niii, gudjoob, jalan cite trlalu menarik and ngak ada obat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haahahaha tenkiu unknown ! Daripada ayat ayat lo , gue konfem yang kamu ni mesti tampan . Support gue yaa . Gue bimbang sama madam .

      Delete

Post a Comment