Okay Assalamualaikum gais, dah lama aku menyepi so harini ada mood nak buat blog, aku cerita la sikit antara aktiviti aku sepanjang PKP ni.
Antara aktivitinya adalah menonton Netflix, maaf senab hidup aku simple je, takde perkara menarik pun sepanjang cuti panjang ni πͺ
Yaaa ni antara series yang aku tengok sepanjang cuti ni, walaupun Anime, tapi best jugakla sebab storyline dia pun gempak bagi aku. Nama series ni adalah Haikyuu!!
Mengisahkan tentang seorang budak yang bernama Hinata yang mempunyai angan angan besar dalam sukan bola tampar, walaupun dengan ketinggian yang tidak berapa tinggi, namun dia punya semangat and keyakinan tu patut dicontohi.
Ni pulak nama dia Kageyama. Ego tinggi tapi setelah kenal dengan Hinata, aku boleh nampak yang dia ni sebenarnya memang bagus dan baik hati. Dua orang ni memang pair mantap la dalam cerita ni. Memang dua dua ni 'Star' utama dalam anime ni
Ha ni gambar diorang together gitu, memang kalau diorang berganding memang saling melengkapi ah. Aku bagi rating anime ni 9/10 and korang patut tonton jugak π₯Ά✌π»
Comments
Post a Comment