Skip to main content

BARU DEKAT DUNIA

 BARU DEKAT DUNIA

"Doktor, macam mana dengan keadaan mak saya?"

"Hmm...saya kena buang bahagian dari bawah lutut sebelum ia melarat ke atas."

"Tak ada cara lain?"

"Itu saja pilihan sebab ia dah melarat teruk."

"Hmm..."

Diam. Perlahan mulutnya bertutur, "Allahku, mudahkan urusan mak. Amin."

Air mata mengalir tanpa sedar.

...

Sejak pembedahan itu, Rahim yang uruskan emaknya selain dibantu oleh isteri dan kakaknya.

"Rahim...Rahim...," suara separuh abad memanggil.

"Ya mak. Saya datang ni." Berlari anak menuju ke suara yang memanggilnya.

"Mak nak buang air besar. Tolong." Perlahan emaknya betulkan kedudukan di katil.

"Okey, jom. Kejap saya tadah air dulu."

Kembali di tempat emaknya duduk dan diangkat orang tua itu ke bilik air. Layanan seperti seorang emak kepada anaknya yang masih bayi. Dibasuh dan dibersihkan tanpa ada rasa jijik dan geli.

"Mak nak mandi sekali tak? Ke nak tunggu petang sikit?" Tangan menutup rapat paip air.

"Bolehlah mandi sekali. Badan mak dah berbau ni." Perlahan pakaiannya ditanggalkan.

Rahim menyarungkan kain batik ke badan emaknya untuk dijadikan kain basahan.

"Bismillah..."

Usai memandikan emaknya, telinga Rahim menangkap satu-satu perkataan yang keluar dari mulut emaknya.

"Rahim, kau syurga Rahim."

...

Petang itu, emaknya dijaga Saleha, isteri Rahim. Diurut kaki, dipicit-picit badan emak mertuanya. Datang kakak iparnya bawa juadah untuk minum petang.

"Ramai yang datang tengok mak." Ceria wajah orang tua itu.

"Ramai ?" Saleha hairan. Ketika itu yang ada hanya dia dan kakak iparnya saja.

"Ya, ramai. Pakai baju putih pulak tu semua." Senyum perlahan.

Hairan dengan keadaan emak mertuanya. Saleha dapat rasakan sesuatu. Sesuatu yang mana sangat berat untuk dia mentafsir ayat tersebut. Dipaksa dirinya supaya tidak memberi respon yang tidak masuk akal. Perlahan hatinya bersuara:

    'Allahku, andai kematian itu yang terbaik buat mak mertuaku, aku redha. Daripada mak terseksa menahan kesakitannya. Kau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak. Amin.'

...

Balik dari kerja, terus Rahim singgah ke rumah emaknya. Sejak keadaan emaknya semakin teruk, Rahim tidak balik ke rumah sendiri. Saat Rahim kerja, isteri dan kakaknya yang jaga emak.

"Tadi mak mengadu sesak nafas. Akak dah call Samad tapi phone dia mati," perlahan kakaknya beritahu.

"Haish, takkan dia tak datang?" sedikit terkejut reaksi Rahim. Perlahan dia menggeleng.

"Akak ke dapur jap, masak. Tengok-tengokkan mak," kata si kakak sambil berlalu keluar dari bilik.

Perlahan tubuh badan emaknya diurut. Dibacakan Yasin dan doa. Semasa ketiadaan Rahim, kakaknya telah membersihkan dan memandikan emaknya. Masuk hari ni dah tiga malam berturut-turut dia tak tidur menjaga emaknya. Sikit pun tak rasa terbeban malah rasa sayang tu semakin menebal. Rahim meletakkan kepala emaknya di pangkuannya. Tangannya perlahan mengurut kepala dan saat itu juga keadaan emaknya yang sesak nafas bertambah teruk.

"Allah...Allah mak. Sebut Allah..."

"All...Al...Alla...Allahh...."

Senyap seketika. Air mata tanpa sedar terjatuh di pipi orang tua yang telah melahirkan dan membesarkannya menjadi seorang manusia yang berguna.

"innalilah...mak..." dipeluk erat jasad yang sudah tidak bernyawa itu.

...

Suasana malam yang sunyi dan sejuk menemani dua tubuh yang sedang berbual di luar rumah.

"Abang selalu mimpi mak. Abang rasa diri abang ni macam ada something yang mak minta. Kenapa?"

"Saya tak tahulah, bang. Saya tak pernah dapat mimpi mak lepas mak meninggal dunia. Apa yang saya rasa dapat membantu, saya bantu. Cuba abang ingat balik apa yang abang pernah buat masa mak hidup?"

Samad terdiam. Hatinya berdebar. Kepalanya melayang teringat kembali saat emaknya masih hidup.

"Mak sakit tu. Jaga mak ek,Rahim. Abang balik dulu, nanti apa-apa Rahim call ek."

"Hmm." Sepatah Rahim menjawab. Dalam hatinya sedikit terasa dengan perbuatan abangnya yang berkira untuk menjaga orang tuanya. Manusia yang berpenat lelah membesarkan anak-anak, manusia yang sanggup berkorban apa saja demi melihat kejayaan dicapai anak-anaknya.

... 

Mungkin itu sebabnya dirinya kini terpaksa bertungkus-lumus menjaga anak bongsunya yang terbaring di katil dan tidak mampu untuk berjalan. Hanya dengan bantuan kerusi roda anaknya mampu bergerak ke sana sini.

'Mungkin ini balasan Allah untuk aku.Masa mak masih hidup dan sakit, aku tak pernah peduli untuk jaga. Apa yang aku buat hanya harapkan Rahim, adikku untuk jaga semua benda. Malah aku selalu mimpi mak ni, mungkin sebab aku tak tunaikan tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang anak.' Hatinya bersuara seolah-olah redha dengan semua perkara yang terjadi padanya. 

Teringat ada satu pesanan di radio yang sampai sekarang bermain dalam fikirannya.

"Allah akan balas dekat dunia lagi andai kita derhaka kepada ibu bapa kita. Kita akan dibalas andai kita abaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak. Berbaktilah kepada satu-satunya manusia yang melahirkan kamu di bumi ini serta bapa kamu. Ketenangan akan muncul dalam hatimu andai kamu tidak derhaka terhadap mereka. Itu baru saja balasan di dunia, belum lagi di akhirat."

Tanpa sedar mulutnya perlahan bertutur....

"Andai mak masih hidup..."

****

Kalau ibu bapa bercakap dengan anak-anak, jangan kita sebagai seorang anak buat-buat tak dengar atau tak layan. Walaupun kita tak suka, dengar je. Rebel macam mana pun, dengar je.

    Kerana apa?

    Kerana tiada hak yang lebih besar setelah hak Allah dan RasulNya melainkan hak ibu bapa. Kita manusia memang tak dapat lari daripada kesalahan tapi jangan kita ambil ringan terhadap hak ibu bapa. Jangan sesekali kita menghina ibu bapa kita. Walaupun di mata kita perbuatan mereka tidak baik, biarlah itu Allah yang hukum atau dimaafkan-Nya.

    Apa hak kita untuk menghukum ibu bapa? Tiada.

    Apa perlu kita lakukan?

    Doakan dan minta kepada Allah supaya memaafkan ibu bapa kita,rahmati mereka.

    Walaupun orang tua kita itu tidak memberi nafkah atau dibiarkan tanggungjawab terhadap kita. Itu semua perbuatan mereka dengan Allah. Dan tiada hak buat kita sebagai seorang anak untuk balas perbuatan mereka.

    "Dulu aku masa kecik kau tak bagi nafkah, dan sekarang kau pula rasakan."

    Aduh parah ni.

    Lagi sekali mari kita fikir sama-sama apa hak kita untuk menghukum ibu bapa kita? Tuntutan untuk beri nafkah, jaga ibu bapa kita, itu adalah tuntutan daripada Allah, bukan daripada manusia. Bukan senang ikut suka kita untuk tidak ambil kisah.

    Dan jangan juga sesekali kita mengungkit apa yang pernah kita berikan kepada mereka.

    "Dah berapa banyak duit aku habis untuk rawat bapak, tu belum kira ubat lagi."

    Haa...lempang jugak mulut tu. Jaga percakapan.

    Kita tak mampu nak bandingkan pengorbanan yang mereka beri kepada kita. Tiada bandingan seorang anak (pengorbanan) terhadap ibu bapa. Ingat tu! Tu belum sembang pasal macam mana saat nak lahirkan kita ke dunia ni. Satu hembusan nafas untuk melahirkan kita tak mampu dibandingkan dengan apa-apa yang kita korbankan buat seorang yang bergelar ibu. Pengorbanan seorang ibu saat melahirkan anaknya adalah bertarung antara hidup dan mati.

    Menjadi lumrah ibu bapa kita akan kembali perangainya seperti budak-budak. Saat mereka ditimpa sakit atau usia mereka sudah tua, mungkin sedikit sebanyak menguji kesabaran diri kita. Jangan bertindak mengikut perasaan hingga sanggup abaikan mereka. Siapa lagi mereka nak harapkan kalau bukan kita sebagai anaknya?

    Ingat..

    Nak dapatkan pintu syurga itu, ia sentiasa di hadapan kita. Macam mana kita nak masuk kalau tidak sabar saat diuji? Macam mana kita nak masuk kalau tidak sabar dengan perangai mereka khususnya yang sudah tua? Kerana apa? Kerana mereka itu syurga atau neraka kita wahai yang bergelar anak. Dan itu semua pilihan kita sama ada nak memilih syurga atau neraka. Andai syurga yang dipilih, tanam dalam diri sifat sabar, jangan menghina mereka, jaga mereka sungguh-sungguh, jangan mengecilkan hati mereka dan sewaktu dengannya. Begitu juga andai kita memilih neraka, lawanlah mereka. Hormat mereka kita abaikan, abaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak.

    Pilihan di tangan sendiri. Jangan sampai pilihan yang kita pilih ini buat kita menyesal di kemudian hari. Bertindak sekarang. Jangan tangguh!

    "It's better late than never,bro."

  














Comments

Popular posts from this blog

Nearest Park from my Home town

  HI GUYS  Let me talk about the nearest park from my home town to you guys. GUNUNG LEDANG Source : Google  Source :Google  Gunung Ledang National Park lies simply inside Johor's fringe with Melaka, around 30 km from the town of Muar. The recreation center encompasses the famous Mount Ophir, presently called Gunung Ledang, which is 1,276 meters high. As per a sign at the passage to the recreation center, Gunung Ledang is Malaysia's 64th most elevated mountain and the 6th generally hard to ascend, be that as it may, as should be obvious from the more point by point list on myMalaysia Mountains page, Ledang is in reality just the 134th most elevated pinnacle, and it doesn't rank in the best 20 tops as far as trouble. SOURCE : GOOGLE  There are different legends relating to the mountain including an otherworldly princess, gold and silver stores, the renowned warrior Hang Tuah and that's only the tip of the iceberg. It is viewed as a profound spot. One of the rumore...

habit

morning guys !   aku nak share pasal habit aku, semua orang ada habit kan ? so habit aku ni aku suka dengar lagu kanak kanak huhu ^-^ sebab aku memang suka dengar lagu, kadang kadang bila adik aku buka tv ke youtube ke aku tumpang ah menyelit senyap senyap tak pun pasang telinga hehe.  so lagu yang pemes sekarang mestilah didi & friends (sape je taktahu en), suka betul aku kalau adik aku buka lagu tu mesti aku akan curi curi tengok HAHAHAHA. aku suka lagu ni sebab aku rasa aku ni masih muda πŸ˜‹ hehehehe  lagu kedua pulak aku suka dengar lagu omar & hana sebablagu lagu ni semua tentang islam. bagi aku lagu ni bagus kalau dideahkan kepada anak anak yang sedang membesar sebab dapat lah juga untuk diorang mengenal adab dalam islam.  chichi & chacha apa kurangnya best juga kalau dengar. kadang kadan boleh tambah ilmu pengetahuan sebab dalam cerita ni (cerita ke lagu ea ? whatever lah) akan ada satu slot yang menguji ota...

The Stars Will Be Jealous On Us .

Assalamualaikum , hai guys ! Jadi , selepas beberapa blog sebelum ni , saya jadi lebih bersemangat untuk meneruskan saya punya blog haa ! Dengan itu saya nak hadiahkan hampa semua serangkap pantun dua kerat : Jika benar cinta itu buta , Sudah pasti bintang cemburukan kita . Bintang-bintang . Fuyyoo ! Tepuk kit ! Okay , tanpa melengahkan masa , dengan berbekalkan pantun ini , saya khaskan blog ini pada hampa semua ye sahabat sahabat sekalian . saya nak tanya ni , nak jawab angkat tangan ! Haa Nasrullah jamaluddin , eh ! Awak tahu apa perbezaan kawan dengan sahabat ? Pada zaman Nabi dahulu kenapa dipanggil Para Sahabat , tak dipanggil kawan kawan sahaja ? Kenapa ? My batch : hostel students .  Baik , sepanjang 19 tahun saya hidup , saya cukup gembira kerana takdir hidup saya diperkenalkan dengan sahabat sahabat yang baik , yang ada di waktu susah dan senang saya . Yang turut sama menjadi tulang belakang untuk menguatkan saya . Nak kata cukup kuat seperti...