Skip to main content

ANDAI AKU DULU

     "Weh, ambilkan aku punya kertas atas meja tu, yang warna merah," pinta Muiz kepada Aizat.

Muiz dan Aizat berkawan sejak dari tingkatan satu sehingga mereka berada di universiti. Diorang ni tinggal kat rumah sewa yang jaraknya tidaklah jauh sangat dengan kampus. Mereka berdua je ada, yang lain Afiq, Zahir, dan Faiz balik ke kampung halaman masing-masing. Kata diorang ada kenduri kahwin lah, mak cik sebelah rumah bertunang lah, macam-macam alasan. Eh, tak lupa juga aku sekali di dalam rumah sewa.

    "Nahh!" Hulur Aizat kepada Muiz.

    "Mana Zack eh? Selalu time-time macam ni dia dah balik, tak bawa nasi goreng ada lah tu habuan untuk kita. Hahaha." Suasana di dalam rumah sewa riuh dengan gelak tawa Aizat dan Muiz.

    Seperti biasa, banyak benda nak diselesaikannya. Maklumlah menjadi seorang surveyor ni, bukan perkara yang senang. Ya, aku tahu semua pekerjaan dekat dunia ni ada kesusahan dan kesenangan yang tersendiri. Aku harap diorang faham kondisi aku yang tak selalu ada di rumah. Berapa banyak report yang nak diselesaikan, tu tak termasuk sumbangan tenaga aku mengajar rakan-rakanku yang lain sehinggakan aku terpaksa bermalam di rumah diorang. Takpelah. Aku tak kisah sangat sebab makin aku ajar diorang, makin faham aku dengan sesuatu perkara dalam surveyor ni.

    "Assalamualaikum," suaraku agak perlahan kepenatan.

    "Haaa balik pun ! Panjang umur. Waalaikumsalam." Serentak suara Muiz dan Aizat menjawab salam aku.

    "Aku tak nak kata kenapa kau balik lewat, sebab alasan kau akan sama je.Report, study group,"ujar Muiz.

    "Haa betul lah tu, ni korang dah solat isyak belum? Aku rasa malam ni macam nak tidur awal lah," kataku dengan nada yang jelas lagi bersuluh kepenatan.

    Diam. Tak ada jawapan. Aku terus bersihkan diri dan merebahkan badanku ke tilam yang sudah lama menanti kepulanganku.

    "Weh , tak pernah pun Zack suruh solat? Aku rasa dia tu buang tabiat kot, cuba kau check motor dia, kot ada dia bawak makhluk lain join sekali dalam rumah sewa ni, aku nak blah cepat-cepat," kata Muiz.

    " Amboi hang, mulut memang tak makan saman. Agak-agaklah. Kau pun tahu kan, aku ni nak pergi tandas malam-malam pun terpaksa berteman, kau boleh sembang makhluk lain. Woi! Apa benda kau ni! Apa yang peliknya kat Zack biasalah penat buat kerja, itu yang macam mamai sikit tu," jelas Aizat.

......................................................................................................................................................................

    Seperti mimpi, pagi tadi lepas aku bersiap, aku mendapat satu berita tentang Afiq. Aku dapat tahu Afiq dah dipanggil Allah. Aku memang terkejut, sebab sebelum ni tak ada tanda langsung yang Afiq akan tinggalkan aku, bukan aku sahaja malah seluruhnya. Tapi bagi aku, Afiq seorang yang sedap mata memandang, akhlaknya menjadi contoh kepada kami semua. Namun apakan daya, sesuatu perkara yang berlaku ada hikmah. Ajal maut sentiasa dekat dengan diri yang bernyawa. Aku redha. Semoga Allah merahmati arwah Afiq.

    Semenjak pemergian Afiq, suasana rumah sudah tidak seperti dulu. Namun ia hanya bertahan sebulan dan kemudiannya berkeadaan seperti biasa. Seperti biasa, bila aku pulang ke rumah sewa aku akan bertanya soalan yang sama kepada mereka.

    "Dah solat belum ni?" Soalku.

    Aku perasan di sebalik air muka setiap rakan-rakanku yang lain. Namun jauh di sudut hati, aku ingin sangat berjemaah sekali dengan diorang. Suatu malam sebelum aku masuk tidur, Muiz datang dekat dengan aku.

    "Zack, aku nak tanya sikit," soal Muiz.

    "Boleh," jawabku ringkas.

    "Aku tengok lepas pemergian Afiq, kau semakin lain. Walaupun sebelum ni aku perasan kau dah berubah. Boleh cerita sikit dekat aku?" Soal Muiz ingin tahu.

    Berubah? Kenapa mesti seseorang itu pelik bila rakannya berubah? Atau mungkin mesti beritahu semua orang yang kita nak berubah supaya tak ada yang mempersoalkan? Cukuplah aku rasa hidup aku selama ni solat tak jaga langsung. Perempuan? Argh! Tak payah cakaplah berapa ramai yang menangis kecewa sebab dipermainkan aku, berapa banyak kali dah dosa-dosa yang sama aku buat, tapi aku tetap diberi nafas oleh Tuhan.

    Namun masa itu aku masih tidak sedar betapa Tuhan menunggu aku untuk bertaubat. Aku masih dengan dunia aku sehinggalah suatu hari tu, Afiq datang bilik aku, ingin mengajak aku solat. Pada mulanya, aku buat tak endah. Yelah, keluarga aku pun aku tak ikut, ni pulak mamat dari planet mana entah datang suruh-suruh aku.

    "Apa yang aku lain Muiz, sama je macam dulu," ujarku.

    "Tak dowh, aku tengok kau makin alim. Sebab apa ek?" Soal Muiz.

    "Muiz, kalau kau tengok aku suruh kau solat pun dah dikatakan alim, Allah! Sungguh Allah banyak menutup aibku selepas aku sedar hidup ini ada tujuannya. Bukan hidup dekat dunia hanya sekolah, kahwin, keluarga dan kemudian mati. Sebenarnya ia lebih daripada itu, kalau kita pandang dari sudut keimanan," jelasku kepada Muiz.

    "Hah!?" Reaksi Muiz.

    "Bukan apa Muiz, Afiq meninggal dunia dengan kita senang dengan akhlaknya, agamanya, aku tengok tak pernah arwah skip jemaah dekat masjid. Keluarga dia bangga dengan arwah. Jadi, aku terfikir kalau aku mati esok, apa semua itu aku dah buat? Solat ? Suruhan Allah yang lain? Aku sebak Muiz, bila dikenang dulu aku macam mana, aku masih bimbang kalau kalau taubat aku tidak diterima Allah," ujarku.

    The man who wants to change at 12th dies at 11th. -Hlovate-

Comments

Popular posts from this blog

Nearest Park from my Home town

  HI GUYS  Let me talk about the nearest park from my home town to you guys. GUNUNG LEDANG Source : Google  Source :Google  Gunung Ledang National Park lies simply inside Johor's fringe with Melaka, around 30 km from the town of Muar. The recreation center encompasses the famous Mount Ophir, presently called Gunung Ledang, which is 1,276 meters high. As per a sign at the passage to the recreation center, Gunung Ledang is Malaysia's 64th most elevated mountain and the 6th generally hard to ascend, be that as it may, as should be obvious from the more point by point list on myMalaysia Mountains page, Ledang is in reality just the 134th most elevated pinnacle, and it doesn't rank in the best 20 tops as far as trouble. SOURCE : GOOGLE  There are different legends relating to the mountain including an otherworldly princess, gold and silver stores, the renowned warrior Hang Tuah and that's only the tip of the iceberg. It is viewed as a profound spot. One of the rumore...

DEEPAVALI - 2019

"A picture is worth a thousand words " So it would be nice if i start this blog with a picture. Family  I'm not sure the picture is worth a thousand words but i can explain to what is going on in the picture. So its basically the first day of Deepavali and my family and I went to the temple for prayers. After prayers its BREAKFAST TIME. So everybody get their delicious breakfast for FREE....Yum Yum. Ok you might be wondering about those 3 in the picture. The last one from the far right is my brother a.k.a. Thambi. The one in the left is my uncle and its his son in the middle and they were just enjoying the vibe in the temple. Gangster  Nahhh the caption was just a joke. The guy in the middle is just my cousin brother but the best part was i caught his picture while he was shaking hands with his friends (fyi this was before covid-19) and it seemed like some kind of gangster just came in the temple and all the gangsters made a meeting. Ok ignore th...

Aktiviti semasa PKP (2)

 Hi semua, disebabkan aku tahu yang aku ni suka buat kerja last minit so aku akan sambung aktiviti-aktiviti lain yang aku buat jugak time bercuti lama kat rumah ni. Selain daripada menonton netflix, aku ada jugak bersukan dengan kawan aku, antaranya adalah berkayuh basikal Ya hensem kan? Aku pun rasa macamtu jugak, by the way ni kami kayuh dekat dalam Penang, niat nak pergi Padang Kota Lama tapi tutup pulak dah sebab kami sampai sana lambat 😭😭 So kami pun decide untuk pergi McDonalds sebab malam tu tak banyak kedai yang bukak dah so kami pun bantai jela McChicken janji kenyang ehe. Kawan aku ni nama dia Wan Amarullah, kami bertolak sekali dari Sungai Petani sampai ke Penang semata mata nak kayuh sebab basikal tu ada dekat rumah abang dia dekat sana, overall memang best la dapat kayuh tambah tambah waktu malam, takdela panas sangat en dan berangin je rasa 🌬 So aku rasa ni je kot untuk entry aku kalini, Bye semua jumpa lagi pada entry akan datang