![]() |
Rene Descartes 1596 - 1650 |
Riak muka Rene Descartes membuatkannya nampak macam Jack Sparrow. Cara nk sebut namanya ialah Ray-nay Day-kard bukan Des-Kar-tes, itu disket abah kau....
Descartes merupakan seorang fisluf agung Perancis yang terkenal untuk sekurany-kuranya tiga benda. Yang pertama untuk graf Cartesian yang kita belajar time sekolah menegah dahulu. Yang kedua utnuk kata2 "aku berfikir maka aku ada". Yang ketiga untuk falsafah rasionalismenya yang bergantung hanya kepada wasilah penaakulan semata-mata sebagai sumber ilmu. Ini bukanlah sesuatu yang biasa apatah lagi pada zamannya di mana masih ramai filsuf yang masih menyandarkan hujah2 mereka kepada teks2 agama.
Dalam tradisi keilmuan Islam, terdapat sekurang2nya tiga sumber ilmu utama iaitu pacaindera yang sejahtera, khabar yang benar dan akal yang sihat. Ketiga-tiga sumber ini saling melengkapkan antara satu sama lain. Descartes mengangkat elemen akal ini emelebihi dua lagi wasilah ilmu yang lain, seterusnya menjadikan seorang rasionalis totok.
Comments
Post a Comment