Skip to main content

RAHSIA KHUSYUK IBADAT SI ABID

 Tersebutlah kisah seorang abid yang kuat ibadatnya, tiadalah henti siang dan malam menyembah dia kepada Ilahi. Bertandanglah seorang perawan ke rumah abid tersebut untuk bertanya akan rahsia keistiqamahan ibadat yang dilakukan oleh si abid. Tiadalah si abid itu sedikit niat pun untuk menyembunyikan rahsia kekuatan ibadatnya kerana bukanlah dia mahu berlumba siapakah yang lebih pantas ke syurga tetapi sukanya dia mahu kesemua makhluk Tuhan yang ikhlas hidup mereka bersama-sama menuju ke jannah. Maka jawab si abid,

    "Aku memakai sabun bidara dan menyimpan bulu ketiak yang panjangnya lebih daripada satu lilitan jari. Bau sabun bidara itu digeruni oleh para syaitan dan iblis. Tidaklah mereka dapat mendekati apatah lagi membisikkan kejahatan kepadaku apabila badanku diselaputi bau sabun bidara."

    "Bagaimana pula dengan bulu ketiak yang lebih satu lilitan itu,wahai orang alim? Tidakkah ada riwayat mengatakan syaitan suka bergayut pada bulu ketiak yang sebegitu panjang?"

    "Ya, walaupun ia riwayat dhaif tetapi sebagai seorang yang boleh melihat makhluk halus dan berbicara dengan mereka, maksud hadis itu benar sama sekali. Syaitan memang suka bergayut di situ dan dengan itulah kita lekakan mereka dengan buaian mereka supaya mereka leka daripada melekakan kita."

    "Pulak. Jadi kalau syaitan sudah leka, kenapa perlu sabun bidara lagi?"

    "Kau pernah main buaian?"

    "Pernah."

    "Berapa lama kau main?"

    "Entah. Setengah jam paling lama."

    "Ya betul, syaitan juga begitu. Apabila mereka bosan bergayut mereka akan berhenti melekakan diri dan akan kembali mengingati tujuan hidup mereka."

    "Habis, kalau dah ada sabun bidara, sebab apa nak kena simpan bulu ketiak lagi?"

    "Kau pernah pakai sabun?"

    "Sudah tentu, ia sunnah."

    "Berapa lama bau badan kau bersunnah?"

    "Mungkin beberapa jam."

    "Ya benar. Biar syaitan terhindar beberapa jam, dan kemudian biar dia leka beberapa jam. Hidup kena ada backup plan, wahai anak muda."

    Setelah mengucapkan terima kasih, pemuda itu pun meminta diri dan keluar dari rumah si abid itu. Si abid baru teringat dia terlupa bertanyakan nama pemuda yang bersungguh mencari rahsianya itu. Tetapi apabila dia membuka pintu rumahnya, pemuda itu telah tiada.

    Sedarlah si abid tadi bukanlah semua syaitan itu suka bergayut dan bukan semuanya takutkan bau sabun bidara. Ada syaitan yang serius dan fokus dengan pekerjaan mereka, dan syaitan itu mengambil kesempatan pada hari si abid memakai sabun Palmolive berwarna merah kerana seperti orang biasa, si abid juga pada sesetengah waktu memakai sabun penghapus stres disebabkan tekanan hidup.


          Palmolive Aroma Therapy Sensual Shower Gel 750ml | Shopee Malaysia                      Sabun Bidara As Legacy | Shopee Malaysia   

Comments

Popular posts from this blog

habit

morning guys !   aku nak share pasal habit aku, semua orang ada habit kan ? so habit aku ni aku suka dengar lagu kanak kanak huhu ^-^ sebab aku memang suka dengar lagu, kadang kadang bila adik aku buka tv ke youtube ke aku tumpang ah menyelit senyap senyap tak pun pasang telinga hehe.  so lagu yang pemes sekarang mestilah didi & friends (sape je taktahu en), suka betul aku kalau adik aku buka lagu tu mesti aku akan curi curi tengok HAHAHAHA. aku suka lagu ni sebab aku rasa aku ni masih muda 😋 hehehehe  lagu kedua pulak aku suka dengar lagu omar & hana sebablagu lagu ni semua tentang islam. bagi aku lagu ni bagus kalau dideahkan kepada anak anak yang sedang membesar sebab dapat lah juga untuk diorang mengenal adab dalam islam.  chichi & chacha apa kurangnya best juga kalau dengar. kadang kadan boleh tambah ilmu pengetahuan sebab dalam cerita ni (cerita ke lagu ea ? whatever lah) akan ada satu slot yang menguji ota...

My Passion(s) ~Sports

Hi. Greetings human. Today I'd like to share with you sport that i once really into when i was in secondary school. There are 4 sports that I like to play. So first sport that I really like was Tennis. My father & his family are good on playing tennis. That why i kinda interested to play this game. The skills on hitting the ball amazed me. Yea this game need alot of stamina , skills & good strategy. Discuss Throw. I amazed that this CD shaped thingy need a good skill to make the throw get more further. I thought it was easy to just throw it & that thing can go far far away. My practice kinda paid off on last time i was with that thing. at least i could throw around 39meter far Men Shot Put. this also i like it cause it was easy. just push with some skill. then you get it. hehe Javelin Throw. I played this too but i don,t have any picture of me holding that thing but nvm i want to claim it anyway.