Assalamualaikum hai !
2 3 kucing berlari ,
Bukan 100m tapi 400m relay ,
Apa khabar kamu ini hari ,
Moga ceria happy happy okay.
Haa saya nak sambung blog ni . Kalini saya nak share ngan kalian tentang reunion kecil kecilan 16united .
16united ni nama batch saya di SMKA Kerian . Depa ni memang hensem hensem la ! Sebab lama tak gather en , Alhamdulillah happy tak terkata la dapat jumpa walau tak semua .
Takdak beza macam muka form1 dulu-dulu.
Kami set 2 hari 1 malam . Kami jadikan Taiping sebagai tempat menginap . Pagi hari pertama kami tak cakap banyak semua terus bergerak berkumpul di kawasan Trong untuk aktiviti menangkap ikan . Dapat ikan bolehla bakar bakar . Wuu . Alhamdulillah hasil memuaskan sampai dah penat tangan nak menyiang . Petang tu pula , dalam perjalanan pulang , kami singgah ke air terjun . Bersihkan diri bermandi-manda . Ouh ya , bergambar itu mesti la .
Malam tu pula kami meneruskan aktiviti bakar membakar hasil tangkapan seharian . Alhamdulillah best sangat sangat ! Mata layu layu je semua , ye la berjemur je en dari pagi .
Syakir sedang menyiang ikan dengan gembira .
Esok paginya plan asal nak hiking bukit larut , tapi biasala plan kena menarik . Pagi tu bangun tak bangun ja ahaha penat semuanya risau kalau naik tak turun dah . Plan berubah ke zoo tapi wah zoo tetiba full memang padat beratur kat luar . So kami pun buat je la apa yang ada , main boling , berkelah kat Taman Tasik . At the end , semuanya masih manis .
Di Taman Tasik , Taiping .
Selesai semuanya , kami pun siap siap untuk berpecah , pulang ke rumah masing-masing . Alhamdulillah semua perancangan berjalan dengan baik . Tak tahu bila pulak dapat gather gini . Inshaa Allah ada rezeki adala , lagi lagi ramai .
Jumpa lagi , sahabat .
Comments
Post a Comment