Skip to main content

AKU KAN PERGI

 Melintasi katil pesakit no 10. terdengar ketawa gurauan sepasang suami isteri. Ceria dan mesra. Sang suami menemani isteri pertama kalinya ke wad untuk diambil sample sumsum tulang kerana untuk mendapatkan diagnosis tepat mengapa badannya mudah mengalami lebam-lebam dengan sendiri.

Saya mengintai tersenyum," baru sampai ye,puan?"

"Aah doktor. Maaf lewat,settlekan anak-anak 5 orang kat rumah tu. Harapnya tak lama duduk di wad ni kasihan anak-anak."

Jiwa seorang ibu. Kesihatannya ditolak tepi, anak tetap nombor 1 di fikiran.

"Abang, baliklah. Tak apa saya ok je. Esok kalau abang sibuk tak perlu datang tengok saya pun tak apa. Kasihan abang nak urus anak-anak lagi."

Lembut percakapan isteri. Sayup-sayup terdengar sambil saya melangkah berlalu.

Pagi keesokannya, prosedur pengambilan sumsum tulang dijalankan segera buatnya. Konsultan yang merawat merasakan kemungkinan sejenis penyakit leukimia yang bersifat ganas.

Petang itu keputusan diperoleh. Aku membacanya dan mendengar konsultan memaklumkan kepada Puan Aslita. Suami isteri menggenggam erat tangan satu sama lain. Air mata mengalir pada pipi keduanya. Namun tiada esakan dan keduanya membisu cuba menghadam kata-kata yang didengar.

"Dr Ghong, jika kami buat kemoterapi, bolehkah sembuh?"

"Kita boleh cuba tapi kita manusia. Selebihnya Tuhan yang menentukan."

Tika ini..saat ini..apabila tiada lagi keupayaan manusia, tiada lagi ubat atau mesin canggih mampu mengubah takdir. Maka Allah jua tempat memohon.

Hatta mereka yang bukan islam turut akur adanya kuasa yang lebih besar. Semoga diberi hidayah melihat kuasa yang sebenar iaitu Allah SWT.

Seminggu berlalu..kemoterapi sudah dimulakan.

Dalam proses rawatan Puan Aslita demam panas dan mendapat jangkitan sebagai komplikasi yang sedia maklum apabila kemoterapi dilakukan. Apa tidaknya,sel darah putih yang merupakan tentera pertahanan dalam badan hanya 1 atau 2 bilangannya berbanding berbelas ribu bilangannya untuk mereka yang sihat.

Semakin hari kesihatan semakin merosot. Hari ini genap 14 hari beliau di hospital. Keseorangan antara sedar dan tidak. Telefon bimbit berbunyi...lama tidak berjawab. Nada dering lagu Teman Pengganti dari penyanyi tempatan itu sangat memilukan didengar hari ini..seolah-olah ada mesej yang ingin disampaikan disebaliknya..

    Beberapa purnama dulu cinta bertahta

    Kenangan dibina kita indah belaka

    Ketawa bersama, menangis bersama 

    Ku bersumpah harap kita mati pun bersama 

    Namun hakikatnya, bukan mudah

    Aku sembunyikan gulana-gundah

    Segalanya kan berubah

    Dengarkan apa yang ku mahu luah

    Rahsia ini

    Telah lama ku pendamkan

    Tiba masanya

    Segala-galanya

    Ku ceritakan

    Aku kan pergi

    Pergi ku tak akan kembali

    Tiba masanya

    Kau cari teman pengganti

Petang itu beliau sangat lemah dan tidak mampu lagi berfikir dan mengingati banyak perkara. Anak-anak merayu minta didukung, minta dipeluk. Bercerita pelbagai memori kepada ibu yang terbaring kurus,lebam jauh bezanya berbanding ketika baru masuk ke wad.

Tangisan anak-anak sangat sayu.

"Wahai anak, jika ibumu masih mampu pasti dia mahu memelukmu erat. Berbual rancak melayan kepetahanmu. Tetapi apakan daya nak. Ibumu tak mampu lagi. Jadilah kau aset hartanya yang mendoakan kebahagian ibu di sana," Bisik hatiku. Tak tertahan melihat sebuah keluarga bakal berpisah selamanya.

Tiga konsultan berbincang dengan sang suami. Sekiranya jantung isteri terhenti...adakah dia mahu bantuan CPR diberikan atau merelakan isteri yang menanggung kesakitan dan kesengsaraan untuk pergi tanpa disakiti lagi...

Mengigil tangan suami memegang pen. Cinta hatinya. Keputusan sukar. Jika untuk dirinya pasti mahu isteri diselamatkan agar masih bersama. Tetapi untuk isteri kesayangan yang sedang sengsara, pasti tidak sanggup lagi begitu.

Dalam getaran tangannya suami menandatangani persetujuan untuk membiarkan isteri pergi tanpa disakiti. Air matanya menitis di atas borang itu. Dikesat lagi.....

Malam itu isteri kesayangan pergi..dalam redha sang suami. Dalam keredhaan dia tidak kuat menanggung kesedihan lalu terduduk manahan sedu sambil menggenggam erat tangan cinta hatinya yang berubah menjadi sejuk kaku...

Aku Kan Pergi Muqris Lirik mp3 Gratis - Music Video Tv Radio Zone

Comments

Popular posts from this blog

DEEPAVALI - 2019

"A picture is worth a thousand words " So it would be nice if i start this blog with a picture. Family  I'm not sure the picture is worth a thousand words but i can explain to what is going on in the picture. So its basically the first day of Deepavali and my family and I went to the temple for prayers. After prayers its BREAKFAST TIME. So everybody get their delicious breakfast for FREE....Yum Yum. Ok you might be wondering about those 3 in the picture. The last one from the far right is my brother a.k.a. Thambi. The one in the left is my uncle and its his son in the middle and they were just enjoying the vibe in the temple. Gangster  Nahhh the caption was just a joke. The guy in the middle is just my cousin brother but the best part was i caught his picture while he was shaking hands with his friends (fyi this was before covid-19) and it seemed like some kind of gangster just came in the temple and all the gangsters made a meeting. Ok ignore th...

4 Ways to Become More Disciplined

  HELLO GUYSS!! 4 Ways to Become More Disciplined 1.  Emotionally engage with your dreams every morning.                                                                 Source: Google One reason we lose discipline is that we lose touch with our dreams – we stop thinking about what we want with real emotion and consistency. So, each morning, practice visualizing yourself achieving your goals and dreams. Allow yourself to truly feel the joy and power as you accomplish what you want. Emotional engagement like this, done consistently, can fire you up and keep you committed. 2.  Do  your  work before responding to the needs of the world.   Don’t wake up and immediately jump into your inbox. Don’t start the day in reaction. Instead, begin your morning taking steps toward ...

gift from God

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua yang saya hormati sekalian (ceyhh). okay, aku nak sambung bercerita pasal orang yang aku dah anggap macam family sendiri. dan AMARAN mungkin kalini cerita aku jiwang sikit so harap dapat baca dengan ikhlas dan tak termuntah lah ye ๐Ÿ˜Œ aku suka nama dia 'Sofea Elijah', cantik macam orangnya, known as 'ely'. aku kenal dia masa umur aku 13 tahun, masetu aku dapat tahu aku satu kelas dengan dia. even satu kelas tapi aku tak berapa nak kenal dia pun sebab tak rapat. first first aku nampak dia ni macam 'nerd' since dia pakai spec and dia boleh tahan pandai kalau exam je mesti no 1 (dan dia tersenarai dalam lawan aku dalam diam ๐Ÿ˜‚). aku tak minat pun nak amik tahu pasal dia pada mulanya, cuma niat nak kawan biasa biasa je. aku tak berapa nak ingat masa bila kitaorang rapat, mungkin masa form3 i guess ? even rapat pun still anggap macam kawan biasa sebab kitaorang ada group sendiri (perkara biasa lah tu kat sekolah ...