Skip to main content

ABU DAN SYARIKAT AIR

 Pasukan Tindakan Haiwan (AAT): MENEMBAK MATI MONYET/KERA ADALAH ...


    Ada seekor monyet mahu masuk Monyet Idol, namanya Abu. Abu mempunyai suara yang serak. Tapi bukanlah semua suara serak itu sedap belaka. Serak Abu ini sedap sedikit sahaja daripada serak Darth Vader. Pagi-pagi lagi Abu akan ke sungai untuk minum air sungai dengan kadar yang sangatlah banyak supaya suaranya menjadi serak-serak basah.

    Setiap hari Abu akan menyanyi senyaring-nyaringnya semasa bergayut, semasa bekerja mencari kutu, sehinggakan apabila ada majlis talkin dan doa selamat pun dia akan terhegeh-hegeh ke hadapan mahu menjadi tekong kenduri arwah.

    Akibat terlalu ramai monyet ingkar dengan arahan Tuhan, kawasan monyet di tempat Abu tinggal dilanda kemarau. Air sungai semakin cetek sehingga mereka perlu mencatu air sungai yang berkeladak koko itu. Tetapi Abu tidak kisah langsung dengan keadaan tersebut. Abu tetap minum air sebanyak yang dia larat minum kerana yang penting baginya, dia menjalankan semua kewajipan yang disyariatkan Tuhan, dan yang kedua penting baginya ialah suaranya dapat kekal serak-serak basah.

    Akibat tidak tahan dengan perangai jelek, suara bingit dan sifat pentingkan diri Abu, beberapa ekor monyet mengikat dan membuang Abu jauh ke tempat yang entah di mana. Apabila Abu sedarkan diri, dia bingung. Abu merasakan bahawa ada monyet yang dengki dan tidak mahu dia memenangi Monyet Idol, lalu diupahnya beberapa kerat samseng untuk melarikan Abu keluar.

    Abu lihat kawasan sekelilingnya lebih kontang daripada tempat asalnya. Pokok-pokok pun nampak macam hidup segan mati tak mahu, kering melidi. Tiada seekor pun haiwan di situ melainkan dirinya seekor.

    Abu berjalan longlai. Untuk bergayut pun dia tidak punya tenaga dan jika dia punya kudrat sekalipun, tiadalah satu dahan yang terselamat daripada dibaham teriknya mentari. Abu merentas beberapa batang sungai kering. Pokok-pokok ada yang hitam terbakar arang sehitam masa hadapan Abu.

    Walau bagaimanapun , seksa penat di badan tiadalah bandingnya dengan seksa Abu menyanyi tanpa pendengar. Tiadalah kegembiraan yang dapat terhasil sekiranya ia tidak dapat dikongsi bersama haiwan yang lain.

    "Apalah nasib Abu seekor
      Dibuang masyarakat ketika tidur
      Perutnya lapar tekaknya kering 
      Mujur ada suara merdu mengiring."

Tiba-tiba Abu nampak tamadun manusia. Matanya terus tertarik dengan satu bangunan besar yang punya satu pili air raksasa di atasnya. Ada air turun berjujuran dari pili air tersebut. Tidaklah Abu tahu bagaimana rupa pili air dan apakah fungsi pili air, tetapi Abu tahu benda yang turun seperti air terjun itu ialah air. Abu pun berlari-lari ke situ kegembiraan sambil bernyanyi,

    "Air yang dicita sudahlah nampak
     Hikmahnya keluar dari tempurung katak
     Inilah twist hidup yang gempak!"

Abu mengetuk pintu bangunan tersebut. Seorang lelaki berbaju pejabat biru membuka pintu.

    "Ya Encik Monyet, boleh saya bantu?"

    "Saya telah dibuang masyarakat ke satu tempat yang kering-kontang yang saya tidak tahu namanya. Walaupun begitu, saya cekal. Saya tidak berputus asa. Saya yakinkan diri saya bahawa saya tidak akan mati keseekoran. Saya terus melangkah hinggalah nasib membawa saya ke mari. Bolehkah tuan beritahu saya apakah nama tempat yang nampak penuh dengan sumber kehidupan ini?"

    "SYABAS."

    "Ya terima kasih. Tiadalah apa sangat dugaan begini jika dibandingkan dengan nabi Allah, Yusuf yang dicampak ke dalam perigi oleh abang-abangnya. Apakah nama tempat ini, wahai tuan yang budiman?"

    "SYABAS."

    "Tempat ini nama apa, tuan?"

    "Kan saya dah jawab. SYABAS!"

    "Saya juga dah kata terima kasih tadi! Saya tanya nama tempat ini, bukan saya mahukan pujian berganda daripada tuan. Saya sudah terlalu banyak dipuji untuk suara yang merdu, untuk rajin bekerja dan sekarang untuk kecekalan hidup. Saya tak mahu bongkak, saya mahukan nama tempat ini!"

    "Ish, kera seekor ni! Orang dah jawab elok-elok, dimarahnya kita pula. Tak tahu etika langsung. Dasar kera sumbang!"

    "Eh, tuan pernah dengar saya menyanyi ke?!"

Comments

Popular posts from this blog

DEEPAVALI - 2019

"A picture is worth a thousand words " So it would be nice if i start this blog with a picture. Family  I'm not sure the picture is worth a thousand words but i can explain to what is going on in the picture. So its basically the first day of Deepavali and my family and I went to the temple for prayers. After prayers its BREAKFAST TIME. So everybody get their delicious breakfast for FREE....Yum Yum. Ok you might be wondering about those 3 in the picture. The last one from the far right is my brother a.k.a. Thambi. The one in the left is my uncle and its his son in the middle and they were just enjoying the vibe in the temple. Gangster  Nahhh the caption was just a joke. The guy in the middle is just my cousin brother but the best part was i caught his picture while he was shaking hands with his friends (fyi this was before covid-19) and it seemed like some kind of gangster just came in the temple and all the gangsters made a meeting. Ok ignore th...

4 Ways to Become More Disciplined

  HELLO GUYSS!! 4 Ways to Become More Disciplined 1.  Emotionally engage with your dreams every morning.                                                                 Source: Google One reason we lose discipline is that we lose touch with our dreams – we stop thinking about what we want with real emotion and consistency. So, each morning, practice visualizing yourself achieving your goals and dreams. Allow yourself to truly feel the joy and power as you accomplish what you want. Emotional engagement like this, done consistently, can fire you up and keep you committed. 2.  Do  your  work before responding to the needs of the world.   Don’t wake up and immediately jump into your inbox. Don’t start the day in reaction. Instead, begin your morning taking steps toward ...

gift from God

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua yang saya hormati sekalian (ceyhh). okay, aku nak sambung bercerita pasal orang yang aku dah anggap macam family sendiri. dan AMARAN mungkin kalini cerita aku jiwang sikit so harap dapat baca dengan ikhlas dan tak termuntah lah ye 😌 aku suka nama dia 'Sofea Elijah', cantik macam orangnya, known as 'ely'. aku kenal dia masa umur aku 13 tahun, masetu aku dapat tahu aku satu kelas dengan dia. even satu kelas tapi aku tak berapa nak kenal dia pun sebab tak rapat. first first aku nampak dia ni macam 'nerd' since dia pakai spec and dia boleh tahan pandai kalau exam je mesti no 1 (dan dia tersenarai dalam lawan aku dalam diam πŸ˜‚). aku tak minat pun nak amik tahu pasal dia pada mulanya, cuma niat nak kawan biasa biasa je. aku tak berapa nak ingat masa bila kitaorang rapat, mungkin masa form3 i guess ? even rapat pun still anggap macam kawan biasa sebab kitaorang ada group sendiri (perkara biasa lah tu kat sekolah ...