ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA ! Harini aku nak berkongsi sedikit tentang lagu.
Bagi aku, setiap lagu ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh penyanyi. Pasti ada maksud dalam setiap lirik yang ditulis dan dinyanyikan. Untuk entry kali ni, aku nak berkongsi sedikit tentang lagu favourite aku sebab setiap lagu yang aku pilih ni, sangat memberi kesan terhadap jiwa dan hidup aku.
1) SAKIT (Zynakal ft. Yonnyboi)
(source : google image)
Lagu ini mengisahkan tentang dua orang sahabat dimana salah seorang daripada mereka menghadapi tekanan hidup dan seorang lagi membantu sahabatnya itu yang menghadapi masalah. Lagu ni memberi makna untuk diri aku sendiri sebab benda ni berlaku dalam kehidupan aku sendiri. Bila aku ada masalah, pasti akan ada sahabat yang akan support and tolong bagi nasihat untuk aku terus kekal kuat. kadang-kadang juga, bila sahabat aku sendiri yang hadapi masalah, aku juga akan lakukan perkara yang sama.
2) SEE YOU AGAIN (Wiz Khalifa ft Charlie Puth)
(source : google image)
Lagu ini juga mengisahkan tentang seseorang yang telah kehilangan sahabat karibnya yang sentiasa ada ketika susah dan senang. "My friend, who got me through a lot of hard times, suddenly passes away and it's a really, really sad moment for me," Charlie confessed. Itulah kata-kata penyanyi lagu ini yang menyatakan lagu ini adalah berikutan pemergian sahabat baiknya. Lagu ini terkesan bagi aku suatu ketika dahulu ketika aku form 4. Waktu tu, dua orang sahabat baik aku nak pindah sekolah dan waktu tu aku sedih sangat sebab aku dah mohon untuk pergi ke sekolah yang sama namun bukan rezeki aku untuk dapat sama sekolah dengan mereka. Ketika itu, hanya Tuhan yang tahu kesedihan aku.
3) HANYA RINDU (Andmesh Kamaleng)
(source : google image)
Lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi dari Indonesia ini mengisahkan seorang anak yang rindu akan ibunya. Bagi aku, lirik ini bukan sahaja memberi kesan keatas diri aku seorang sahaja malahan kepada semua orang yang terpaksa berpisah atau berjauhan dengan ibu bapa serta orang yang tersayang.
4) HISTORY (One Direction)
(source : google image)
Lagu ini sangat menyentuh jiwa apabila aku dengar buat kali pertama sebabnya ia mengisahkan tentang persahabatan sekumplan sahabat ini yang akan berpisah. masing-masing akan membawa haluan sendiri selepas sekian lama mereka menjadi penyanyi berkumpulan atau band yang terkenal yang mempunyai ramai peminat di serata dunia. Lagu ini memberi kesan kepada aku apabila aku hadapi perbalahan dengan sahabat-sahabat aku suatu ketika dahulu di zaman persekolahan.
Setakat ini sahajalah perkongsian aku untuk blog kali ini. Terima kasih sudi membaca.
Comments
Post a Comment