Skip to main content

ANUGERAH DARIPADA TUHAN.

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA! Untuk blog kali ini aku ingin berkongsi sedikit tentang pemberian daripada Tuhan yang sangat bermakna dalam hidup aku. Pemberian inilah yang banyak memberi kesan dalam hidup aku. 

Alhamdulillah for everything #Alhamdulillah #Islam #wallpaper ...

(source ; google image)

Aku berasa sangat bersyukur dengan segala pemberian Tuhan keatas diri aku. Segala pemberian-Nya sangat memberi kesan dalam kehidupan seharian aku. Pemberian ini jugalah yang telah memahami diri aku dan mengenali diri aku. So, aku akan proceed dengan anugerah daripada Tuhan yang sangat bermakna dalam hidup aku. 


First sekali, adalah ahli keluarga aku sendiri. Mereka lah juga yang sangat memahami aku tatkala aku gembira atau bersedih. Mereka jualah yang menjadi semangat aku sepanjang aku hidup. Ahli keluarga aku ini lah yang sentiasa sokong aku walaupun aku dalam masalah. Merekalah yang paling penting dalam hidup aku. Tanpa sokongan dan semangat mereka, belum tentu aku akan berada dimana aku berada sekarang. 


Ini pula adalah sahabat-sahabat aku yang paling aku rapat. Namun, ada beberapa orang lagi sahabat aku yang tiada dalam gambar. Sahabat-sahabat aku ini juga adalah pemberian yang paling bermakna selepas keluarga aku. Mereka kadang-kadang membuat aku gembira, sedih dan juga marah. Namun, aku tidaklah terlalu ambil hati dengan gurauan kasar mereka itu kerana aku tahu itu adalah sekadar gurauan dan aku tahu mungkin dengan gurauan itu juga mampu untuk mengeratkan lagi tali persahabatan antara kami. Aku kenal mereka dari form 1 lagi. Dah bertahun-tahun dah persahabatan aku dengan mereka dan aku berdoa agar Tuhan akan kekalkan persahabatan kami ini walaupun aku tahu satu hari nanti, masing-masing akan membawa haluan sendiri dengan komitmen mereka. Semakin kita dewasa, semakin banyak komitmen yang kita akan terima. 


Akhir sekali, adalah kawan-kawan aku di ALAM. Mereka inilah yang ada waktu aku perlukan bantuan sepanjang aku berada di sana. Mereka jugalah yang selalu hiburkan hati. Alhamdulillah aku diberi classmates yang "masuk air". Kalau tiada mereka, maka tidak cerialah kelas 26Charlie. Masing-masing ada bakat yang tersendiri. Aku doakan agar diri aku dan classmates aku akan dipermudahkan segala urusan untuk menjadi seorang CAPTAIN kapal dagang. Semoga masing-masing dapat mencapai cita-cita dan impian mereka. Aamin. 

Itu sahajalah sedikit perkongsian aku untuk entry kalini. Terima Kasih !



Comments

Popular posts from this blog

Nearest Park from my Home town

  HI GUYS  Let me talk about the nearest park from my home town to you guys. GUNUNG LEDANG Source : Google  Source :Google  Gunung Ledang National Park lies simply inside Johor's fringe with Melaka, around 30 km from the town of Muar. The recreation center encompasses the famous Mount Ophir, presently called Gunung Ledang, which is 1,276 meters high. As per a sign at the passage to the recreation center, Gunung Ledang is Malaysia's 64th most elevated mountain and the 6th generally hard to ascend, be that as it may, as should be obvious from the more point by point list on myMalaysia Mountains page, Ledang is in reality just the 134th most elevated pinnacle, and it doesn't rank in the best 20 tops as far as trouble. SOURCE : GOOGLE  There are different legends relating to the mountain including an otherworldly princess, gold and silver stores, the renowned warrior Hang Tuah and that's only the tip of the iceberg. It is viewed as a profound spot. One of the rumore...

habit

morning guys !   aku nak share pasal habit aku, semua orang ada habit kan ? so habit aku ni aku suka dengar lagu kanak kanak huhu ^-^ sebab aku memang suka dengar lagu, kadang kadang bila adik aku buka tv ke youtube ke aku tumpang ah menyelit senyap senyap tak pun pasang telinga hehe.  so lagu yang pemes sekarang mestilah didi & friends (sape je taktahu en), suka betul aku kalau adik aku buka lagu tu mesti aku akan curi curi tengok HAHAHAHA. aku suka lagu ni sebab aku rasa aku ni masih muda 😋 hehehehe  lagu kedua pulak aku suka dengar lagu omar & hana sebablagu lagu ni semua tentang islam. bagi aku lagu ni bagus kalau dideahkan kepada anak anak yang sedang membesar sebab dapat lah juga untuk diorang mengenal adab dalam islam.  chichi & chacha apa kurangnya best juga kalau dengar. kadang kadan boleh tambah ilmu pengetahuan sebab dalam cerita ni (cerita ke lagu ea ? whatever lah) akan ada satu slot yang menguji ota...

The Stars Will Be Jealous On Us .

Assalamualaikum , hai guys ! Jadi , selepas beberapa blog sebelum ni , saya jadi lebih bersemangat untuk meneruskan saya punya blog haa ! Dengan itu saya nak hadiahkan hampa semua serangkap pantun dua kerat : Jika benar cinta itu buta , Sudah pasti bintang cemburukan kita . Bintang-bintang . Fuyyoo ! Tepuk kit ! Okay , tanpa melengahkan masa , dengan berbekalkan pantun ini , saya khaskan blog ini pada hampa semua ye sahabat sahabat sekalian . saya nak tanya ni , nak jawab angkat tangan ! Haa Nasrullah jamaluddin , eh ! Awak tahu apa perbezaan kawan dengan sahabat ? Pada zaman Nabi dahulu kenapa dipanggil Para Sahabat , tak dipanggil kawan kawan sahaja ? Kenapa ? My batch : hostel students .  Baik , sepanjang 19 tahun saya hidup , saya cukup gembira kerana takdir hidup saya diperkenalkan dengan sahabat sahabat yang baik , yang ada di waktu susah dan senang saya . Yang turut sama menjadi tulang belakang untuk menguatkan saya . Nak kata cukup kuat seperti...