Assalamualaikum dan salam sejahteraaaa....hallo gaissss.
Sebelum tu, Dragon ball ni cerita tentang martial arts and Naruto pula cerita tentang shinobi (ninja). Karakter utama dalam Dragon Ball ialah Goku atau Kakarot, Karakter utama dalam Naruto pula,hmmm tidak perlu lah disebut lagi, tahu juga.Heheh.


Jadi, jom kita sambung cerita pasal anime favourite ni. Dragon ball? Atau Naruto?.
Okay, antara Dragon Ball atau Naruto? saya akan pilih??
![]() |
sumber (google) |
Antara persamaan dalam anime ni:
Kedua dua anime ni mengisahkan tentang perjalanan karakter utama yang semakin hari semakin bertambah kuat. Masing masing sentiasa berlatih untuk menjadi karakter paling kuat dalam anime tersebut. Kedua dua anime ni memiliki kuasa super power yang sangat hebat, power diorang ni kalau diceritakan , planet yang begitu besar pun boleh hancur, inikan pula setakat, rumah, bangunan, gunung, hutan, dan sebagainya ennnn. (very amaazing). Tapi, power mereka hanya digunakan untuk mengalahkan musuh dan melindungi penduduk penduduk bumi yang lain. Tidak lah juga diorang ni saja2 mahu hancurkan semua tu. Itu semua adalah effect semasa berlawan.
Gambar bawah ni pertarungan antara watak utama dan pesaing utama mereka
![]() |
sasuke chidori vs naruto rasengan |
Okay next, kita cerita pasal apa yang saya suka dalam anime ni.
Untuk Dragon Ball, saya sangat suka part mereka berlawan. Fighting scene mereka sangat membuatkan saya sentiasa excited untuk menontonnya. Ditambah lagi karakter utama anime tersebut iaitu Goku yang menjadi kuat setiap kali berlawan dan semakin bertambah power level sehingga boleh berubah form. Contoh, super saiyan Form. Tidak kurang juga pada Naruto, Naruto juga boleh berubah form , contoh "sannin mode". Tapi, part berlawan dalam Naruto saya tidak terlalu excited sebab setiap kali berlawan akan ada baaaaaaaanyak throwback throwback yang akan ditayangkan. Jadi, dia agak tergantung lah setiap kali berlawan sebab kena tengok lagi dulu dia punya throwback. HAHAHAHA. And yg begitu mengagumkan dalam Dragon Ball ni, dengan hanya melagakan buku lima antara satu sama lain semasa berlawan, cukup untuk menghasilkan gelombang yang boleh menggoncang dunia. Pertarungan sebegitu amat sengit dan super duper amazing.
(Goku all Form)

(Naruto all form)
Untuk Naruto pula, apa yang saya suka ialah tentang jalan cerita anime ni. Storyline yang dibuat sangatlah......AMAZINGNEssssss. Susah untuk diceritakan. Memang kena tengok dahulu baru boleh faham. Dekat atas ada mention pasal throwback kan, haaaaa, throwback ni jugalah antara penyebab storyline tu jadi padu. Walaupun, terpaksa layan berulang kali throwback tu, tapi di sebalik throwback tu ada kebenaran yang terungkap.Cehhhhh. And memang cun lah disusun oleh penulis anime tersebut. Jujur, storyline Naruto mungkin boleh mengalirkan air mata kepada sesiapa yang menontonnya. HUHUUUUUU, termasuk juga la , diri ini. HEHEHEHE. Storyline dalam Naruto juga banyak pengajaran yang boleh kita ambil dan praktis dalam kehidupan sendiri untuk menjadi seorang yang hebat.

(karakter DragonBall) (karakter Naruto)
(sumber google)
Jadi, kesimpulannya. Andai diberi pilihan untuk kedua duanya, saya akan lebih memilih Dragon Ball berbanding Naruto sebab saya lebih meminati scene yang lebih banyak berlawan. Heheh... Dan andai dibandingkan power level antara karakter utama dalam kedua dua anime itu iaitu Goku dan Naruto, Goku jauh lebih OP(overpower) berbanding Naruto dan bukan tu sahaja, Goku merupakan antara karakter yang terkuat antara anime anime lain (Based on own observation and infromation from google). Heheh. But, in the end, Kedua dua anime ini lah antara anime pertama yang saya tengok dan mendorong untuk menonton lagi anime anime yang lain. HAHAHAHAHA. Thats why diorang ni jadi anime favourite saya. DragonBall and Naruto.
So guys, rasanya cukup sampai sini sahaja lah dulu untuk entry kali ni, lepas ni mau sambung lagi tengok anime banyak banyak. HAHAHAHAHA.

(any other anime)
(sumber google)
Jumpa lagi next entry.
Terima kasih.
Sekian.
Comments
Post a Comment