Skip to main content

SABAR😊❤.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! 

Korang okay ke cuti kuarantin ni. Huhuhu.

Kalini aku nak menulis tentang SABAR. Dalam kehidupan kita, mesti kita tak terlepas daripada tekanan dan cabaran hidup. Sekecil mana pun tekanan dan ujian yang korang hadapi, korang kene sabar sebab dengan kesabaran korang ni, korang dapat tangani semua tu. Sama ada kejap atau lambat tu, bergantung kepada situasi yang korang hadapi. YANG PENTING SABAR!

Sabar separuh daripada iman - Kalam Murobbi
(source : google)

Ingatlah, semakin korang bersabar dengan dugaan yang korang hadapi, semakin mudah korang untuk menyelesaikan ataupun menerima dugaan tu. Janganlah korang mengeluh bila ditimpa ujian dan dugaan sebabnya korang tidak akan dapat merasai nikmat kesabaran tu. Dalam al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 155, ada menyatakan bahawa orang yang bersabar akan mendapat berita gembira dan berita gembira itulah merupakan kemanisan dalam kesabaran.

Kata-kata semangat untuk diri sendiri. - Lia Hasty
(source: google)

Korang kena tahu setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kadang-kadang, ada benda yang kita suka tapi kita tak dapat dan kadang-kadang, ada benda yang kita tak suka tapi kita dapat. First impression kalau kita ada dalam situasi macam tu, mesti kita akan pertikaikan kenapa benda macam tu berlaku ke atas diri kita. Kita lambat reflek kepada diri kita sendiri yang sebenarnya, semua itu berlaku ada hikmahnya yang kita belum nampak sehinggalah kita terima perkara yang positif dalam kehidupan kita. Sebenarnya, itu juga adalah salah satu ujian untuk diri kita sendiri. Macam mana kita nak tangani situasi macam tu. Adakah dengan hati yang redha ataupun hati yang resah? Ingatlah, yang Allah takkan membebani hamba-Nya melainkan dengan kemampuannya. Jadi, janganlah resah apabila ditimpa ujian dan hadapilah ujian itu dengan sabar sebabnya Allah menyukai orang yang sabar.

Setiap episod kehidupan mempunyai corak dan warna yang berbeza ...
(source: google)

Kehidupan kita ini adalah kita yang menentukan hala tuju hidup kita. Aku bagi satu situasi. Seorang pelukis ingin menghasilkan lukisan yang sangat cantik dan kemas. Dalam usaha untuk mendapatkan lukisan yang cantik itu, dia pasti akan mencorakkannya dengan penuh teliti dan sabar sebab bukan mudah untuk daptkan hasil yang baik. Begitu juga dalam kehidupan kita. Untuk mendapatkan kehidupan yang indah, bukan mudah untuk kita. Kita akan hadapi pelbagai rintangan dan cabaran dan kita berbekalkan kesabaran dan kekuatan untuk hadapi masalah tersebut. Jika kita tak sabar, mungkin hasil yang kurang baik yang kita akan dapat.

Peace - Home | Facebook
(souce: google)

Keamanan dalam kehidupan adalah dengan hadirnya rasa sabar dalam diri kita. Jika tiada rasa sabar, bagaimana kita nak dapatkan rasa keamanan dan ketenangan dalam hidup. Ingatlah bahawa orang yang bersabar ini akan diberikan balasan dan ganjaran yang jauh lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.

Aku rasa itulah sahajalah yang aku nak kongsikan dengan korang kalini. Aku ni bukanlah orang yang berilmu sangat untuk berkata-kata. Jika ada salah dan silap dalam penulisan aku kalini, aku mohon maaf.











Comments

Popular posts from this blog

Nearest Park from my Home town

  HI GUYS  Let me talk about the nearest park from my home town to you guys. GUNUNG LEDANG Source : Google  Source :Google  Gunung Ledang National Park lies simply inside Johor's fringe with Melaka, around 30 km from the town of Muar. The recreation center encompasses the famous Mount Ophir, presently called Gunung Ledang, which is 1,276 meters high. As per a sign at the passage to the recreation center, Gunung Ledang is Malaysia's 64th most elevated mountain and the 6th generally hard to ascend, be that as it may, as should be obvious from the more point by point list on myMalaysia Mountains page, Ledang is in reality just the 134th most elevated pinnacle, and it doesn't rank in the best 20 tops as far as trouble. SOURCE : GOOGLE  There are different legends relating to the mountain including an otherworldly princess, gold and silver stores, the renowned warrior Hang Tuah and that's only the tip of the iceberg. It is viewed as a profound spot. One of the rumore...

habit

morning guys !   aku nak share pasal habit aku, semua orang ada habit kan ? so habit aku ni aku suka dengar lagu kanak kanak huhu ^-^ sebab aku memang suka dengar lagu, kadang kadang bila adik aku buka tv ke youtube ke aku tumpang ah menyelit senyap senyap tak pun pasang telinga hehe.  so lagu yang pemes sekarang mestilah didi & friends (sape je taktahu en), suka betul aku kalau adik aku buka lagu tu mesti aku akan curi curi tengok HAHAHAHA. aku suka lagu ni sebab aku rasa aku ni masih muda šŸ˜‹ hehehehe  lagu kedua pulak aku suka dengar lagu omar & hana sebablagu lagu ni semua tentang islam. bagi aku lagu ni bagus kalau dideahkan kepada anak anak yang sedang membesar sebab dapat lah juga untuk diorang mengenal adab dalam islam.  chichi & chacha apa kurangnya best juga kalau dengar. kadang kadan boleh tambah ilmu pengetahuan sebab dalam cerita ni (cerita ke lagu ea ? whatever lah) akan ada satu slot yang menguji ota...

The Stars Will Be Jealous On Us .

Assalamualaikum , hai guys ! Jadi , selepas beberapa blog sebelum ni , saya jadi lebih bersemangat untuk meneruskan saya punya blog haa ! Dengan itu saya nak hadiahkan hampa semua serangkap pantun dua kerat : Jika benar cinta itu buta , Sudah pasti bintang cemburukan kita . Bintang-bintang . Fuyyoo ! Tepuk kit ! Okay , tanpa melengahkan masa , dengan berbekalkan pantun ini , saya khaskan blog ini pada hampa semua ye sahabat sahabat sekalian . saya nak tanya ni , nak jawab angkat tangan ! Haa Nasrullah jamaluddin , eh ! Awak tahu apa perbezaan kawan dengan sahabat ? Pada zaman Nabi dahulu kenapa dipanggil Para Sahabat , tak dipanggil kawan kawan sahaja ? Kenapa ? My batch : hostel students .  Baik , sepanjang 19 tahun saya hidup , saya cukup gembira kerana takdir hidup saya diperkenalkan dengan sahabat sahabat yang baik , yang ada di waktu susah dan senang saya . Yang turut sama menjadi tulang belakang untuk menguatkan saya . Nak kata cukup kuat seperti...