Skip to main content

Musim PKP bersama anime

 Assalamualaikum dan hai guys. Okay kalini aku nak cerita pasal aktiviti aku masa PKP selain daripada aku join kelas online. Aku ni peminat anime tapi takde lah peminat tegar macam kawan2 aku yang lain. Sekadar minat je 😅. Jadi aku nak tunjuk dekat korang anime yang aku tengok sepanjang PKP ni.


Okay ni first anime aku tengok. Cerita ni mengisahkan seekor raksasa telah memusnahkan 70% daripada bulan. Raksasa yang berkelajuan mencecah 20 Mach ini menjadi punca kepada kemusnahan dunia. Pihak kerajaan telah melakukan pelbagai cara untuk membunuh raksasa ini tetapi tidak berjaya. Raksasa ini telah memberi syarat yang dia takkan musnahkan bumi selagi belum tiba bulan Mac. Dia ingin menjadi guru kelas 3-E Sekolah Menengah Rendah Kunugigaoka. Jadi pihak kerajaan terpaksa membenarkan dia mengajar di situ. Pihak kerajaan telah membekalkan senjata seperti pisau getah dan pistol yang mengandungi peluru anti-guru yang tidak berbahaya kepada manusia tetap bahaya kepada raksasa itu. Raksasa yang diberi nama Koro-sensei oleh para pelajarnya telah mengajar kelas 3-E itu. Pelbagai kejadian berlaku semasa dia berada di situ bersama para pelajar 3-E. 


Seterusnya anime Akame Ga Kill ini menceritakan mengenai seorang pemuda dari kampung miskin telah diselamatkan oleh sekumpulan pembunuh upahan. Selepas itu, dia diterima masuk ke dalam kumpulan tersebut. Tatsumi bersama kumpulan pembunuh upahan itu membuat masalah kepada pihak kerajaan lebih2 lagi orang kerajaan yang korup. 



Fire Force merupakan anime yang menceritakan mengenai kumpulan bomba yang diberi nama Kumpulan Bomba Khas. Tugas mereka ialah bagi membasmi Pembakaran Manusia Spontan dan melindungi orang awam daripada ancaman tersebut. Shinra merupakan salah seorang anggota bomba tersebut. Dia mempunyai kuasa api kelas tiga dan digelar Tapak Kaki Syaitan. Dia menggunakan kuasa itu bagi melindungi orang yang dia sayangi. Dia mendapat tahu bahawa adiknya Sho masih hidup selepas kejadian 12 tahun yang lalu. Lalu, dia berazam untuk mencari adiknya kembali. 


Demon Slayer ataupun Kimetsu No Yaiba menceritakan mengenai seorang pemuda bernama Tanjiro. Selepas ahli keluarganya terbunuh oleh demon, dia bersama adiknya Nezuko( yang telah dicederakan oleh demon dan menjadi half-demon) mencari Muzan untuk membunuhnya dan mencari penawar untuk adiknya. Dia telah berjumpa seorang tua yang telah mengajar Tanjiro skil berlawan pedang. Maka, bermulalah perjalanan dia dan adiknya untuk mencari Muzan Si Ketua Demon. 












Comments

Popular posts from this blog

DEEPAVALI - 2019

"A picture is worth a thousand words " So it would be nice if i start this blog with a picture. Family  I'm not sure the picture is worth a thousand words but i can explain to what is going on in the picture. So its basically the first day of Deepavali and my family and I went to the temple for prayers. After prayers its BREAKFAST TIME. So everybody get their delicious breakfast for FREE....Yum Yum. Ok you might be wondering about those 3 in the picture. The last one from the far right is my brother a.k.a. Thambi. The one in the left is my uncle and its his son in the middle and they were just enjoying the vibe in the temple. Gangster  Nahhh the caption was just a joke. The guy in the middle is just my cousin brother but the best part was i caught his picture while he was shaking hands with his friends (fyi this was before covid-19) and it seemed like some kind of gangster just came in the temple and all the gangsters made a meeting. Ok ignore th...

Nearest Park from my Home town

  HI GUYS  Let me talk about the nearest park from my home town to you guys. GUNUNG LEDANG Source : Google  Source :Google  Gunung Ledang National Park lies simply inside Johor's fringe with Melaka, around 30 km from the town of Muar. The recreation center encompasses the famous Mount Ophir, presently called Gunung Ledang, which is 1,276 meters high. As per a sign at the passage to the recreation center, Gunung Ledang is Malaysia's 64th most elevated mountain and the 6th generally hard to ascend, be that as it may, as should be obvious from the more point by point list on myMalaysia Mountains page, Ledang is in reality just the 134th most elevated pinnacle, and it doesn't rank in the best 20 tops as far as trouble. SOURCE : GOOGLE  There are different legends relating to the mountain including an otherworldly princess, gold and silver stores, the renowned warrior Hang Tuah and that's only the tip of the iceberg. It is viewed as a profound spot. One of the rumore...

Aktiviti semasa PKP (2)

 Hi semua, disebabkan aku tahu yang aku ni suka buat kerja last minit so aku akan sambung aktiviti-aktiviti lain yang aku buat jugak time bercuti lama kat rumah ni. Selain daripada menonton netflix, aku ada jugak bersukan dengan kawan aku, antaranya adalah berkayuh basikal Ya hensem kan? Aku pun rasa macamtu jugak, by the way ni kami kayuh dekat dalam Penang, niat nak pergi Padang Kota Lama tapi tutup pulak dah sebab kami sampai sana lambat 😭😭 So kami pun decide untuk pergi McDonalds sebab malam tu tak banyak kedai yang bukak dah so kami pun bantai jela McChicken janji kenyang ehe. Kawan aku ni nama dia Wan Amarullah, kami bertolak sekali dari Sungai Petani sampai ke Penang semata mata nak kayuh sebab basikal tu ada dekat rumah abang dia dekat sana, overall memang best la dapat kayuh tambah tambah waktu malam, takdela panas sangat en dan berangin je rasa 🌬 So aku rasa ni je kot untuk entry aku kalini, Bye semua jumpa lagi pada entry akan datang