ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA! Kalian okay ke cuti kuarantin ni ? Semoga kalian dan keluarga kalian dalam keadaan yang sihat dan semoga kita sentiasa dilindungi oleh Tuhan.
Kalini, aku ada sedikit coretan buat ahli keluarga aku (mama, abah, adik-beradik, saudara-mara, sahabat karib)
Incomplete :'( |
Wahai insan yang bergelar ahli keluarga ❤,
Terima kasih atas segalanya 😇,
Kau adalah penemanku dikala suka,
Dan dikala dukaku .
Wahai insan yang bergelar ahli keluarga ❤,
Kalian memang setia untuk terus berada di sisiku,
Kalian pasti ada .
Wahai insan yang bergelar ahli keluarga ❤,
Kalian terus setia untuk memberikan aku semangat,
Aku tidak pernah menghargai anugerah Tuhan yang sangat bernilai ini.
Aku hanya insan yang lemah,
Khilaf tidak pernah hilang dari diriku,
Maafkan aku,
Kerana aku tidak berdaya untuk sentiasa berada di sisimu.
Aku tidak mengharapkan apa-apa darimu,
Aku tidak mahu berpisah denganmu,
Andai kata Malaikat Izrail menjemput aku terlebih dahulu,
Kenang daku dalam doamu,
Terima kasih insan yang bergelar keluarga . 💙
Comments
Post a Comment