Skip to main content

Kacang dan Choco "ZINGGOGI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Setelah lama sunyi tanpa mengisi entry baru, maka eloklah kiranya saya meneruskan perjuangan membuat entry ini. Jadi pada entry kali ini, saya hanya ingin berkongsi tentang produk jualan yang sedang digiatkan oleh saya dan keluarga pada masa kini.

Disebabkan musim pkp yang agak lama dan berpanjangan, sumber pendapatan menjadi agak terjejas dan terganggu. Jadi, kakak saya buat laa cadangan untuk menjual sekadar untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Produk pertama yang kami giatkan ialah "Kacang Zinggogi"
"Kacang Zinggogi" ni ialah kacang yang bersalut dengan tepung yang padat. Ia dibuat menggunakan resepi asli dalam erti kata lain, kacang ini mempunyai rasa yang unik dan berbeza dari kacang kacang yang lain. Kepada penggemar kacang, anda seharusnya tidak melepaskan peluang untuk mencuba produk ini, in sha Allah ianya dijamin sedap. Bak kata orang, sekali kunyah terkunyah sampai habis. Untuk sebalang kacang yang sedap dan padat ini boleh didapati dengan harga RM15 sahaja. 

Seterusnya, produk kedua yang digiatkan ialah "Choco ZInggogi". 
Kalau "Kacang Zinggogi" untuk penggemar kacang, maka produk kali ini adalah bagi penggemar choco jar. Saya pasti ramai yang tahu dan menggemari choco jar, oleh itu saya tidak ingin untuk mengulas panjang tentang "Choco Zinggogi". Namun, saya tetap sarankan anda untuk mencuba produk ini, walaupun anda adalah penggemar choco jar atau pun tidak, in sha Allah anda pasti akan suka. Untuk "Choco Zinggogi" ini, 1 balang yang padat dan penuh boleh didapati dengan harga yang sangat rendah iaitu hanya RM 9. 

Alhamdulillah, walaupun penjualan ini baru bermula, namun sambutan yang diterima sangat memberangsangkan. Disebabkan itu, kami tidak takut untuk mengesyorkan dan menjamin kepuasan kepada para pembeli di luar sana tentang produk yang kami jual. Banyak feedback yang kami terima dan semuanya amat baik dan disukai ramai. 

Untuk melihat sendiri feedback2 yang diberikan, anda boleh tengok di Instagram iaitu @kacangbalang.

Selain instagram, boleh lah juga tengok2 di facebook page @kacang my mum's






Oklah gaissss, rasanya cukup sampai sini sahaja lah dahulu untuk entry kali ini. Jumpa lagi pada entry yang akan datang. 

Pssst....sebelum tu, kalau berminat dan teringin untuk menikmati produk zinggogi di atas, jangan malu dan segan untuk pm number di atas yaaaa. Terima kasih :) 
Sekian. 









Comments

Popular posts from this blog

habit

morning guys !   aku nak share pasal habit aku, semua orang ada habit kan ? so habit aku ni aku suka dengar lagu kanak kanak huhu ^-^ sebab aku memang suka dengar lagu, kadang kadang bila adik aku buka tv ke youtube ke aku tumpang ah menyelit senyap senyap tak pun pasang telinga hehe.  so lagu yang pemes sekarang mestilah didi & friends (sape je taktahu en), suka betul aku kalau adik aku buka lagu tu mesti aku akan curi curi tengok HAHAHAHA. aku suka lagu ni sebab aku rasa aku ni masih muda 😋 hehehehe  lagu kedua pulak aku suka dengar lagu omar & hana sebablagu lagu ni semua tentang islam. bagi aku lagu ni bagus kalau dideahkan kepada anak anak yang sedang membesar sebab dapat lah juga untuk diorang mengenal adab dalam islam.  chichi & chacha apa kurangnya best juga kalau dengar. kadang kadan boleh tambah ilmu pengetahuan sebab dalam cerita ni (cerita ke lagu ea ? whatever lah) akan ada satu slot yang menguji ota...

My Passion(s) ~Sports

Hi. Greetings human. Today I'd like to share with you sport that i once really into when i was in secondary school. There are 4 sports that I like to play. So first sport that I really like was Tennis. My father & his family are good on playing tennis. That why i kinda interested to play this game. The skills on hitting the ball amazed me. Yea this game need alot of stamina , skills & good strategy. Discuss Throw. I amazed that this CD shaped thingy need a good skill to make the throw get more further. I thought it was easy to just throw it & that thing can go far far away. My practice kinda paid off on last time i was with that thing. at least i could throw around 39meter far Men Shot Put. this also i like it cause it was easy. just push with some skill. then you get it. hehe Javelin Throw. I played this too but i don,t have any picture of me holding that thing but nvm i want to claim it anyway.