Skip to main content

Cameron Highland with Brotherhood 🤟🙌

ASSALAMUALAKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA ! Kalini aku nak share sedikit perjalanan percutian aku dengan sahabat-sahabat aku ke Cameron Highland. Aku dengan sahabat-sahabat aku pergi bercuti ke Cameron semasa PKPP. Percutian ni kami plan dalam 2-3 minggu jugak lah. Hehehe.


Setibanya aku dengan sahabat-sahabat aku kat Cameron, kitorang check-in homestay dulu. Homestay yang kami bermalam tu di Desa Anthurium. Bagi aku, lokasi tu sangat strategik la sebab di tengah-tengah antara Brinchang dan Tanah Rata. Dah settle angkat barang semua, kami berehat jap dan kami keluar untuk lunch. Gambar diatas tu, kami jalan kaki je untuk lunch sebab sangat dekat antara homestay kami dengan gerai-gerai makan. Kami ikut jalan belakang je sebab ada sorang sahabat aku tu, kampung dia kat Cameron so, dia lah yang jadi tourist gude kami.


Untuk dinner, kami pegi makan di sebuah kedai steamboat. Pelanggan di kedai steamboat tersebut memang ramai sangat. Kami yang gerak dari homestay pukul 8 pun dikira lambat. Orang ramai telah beratur panjang. Namun, dengan adanya tourist guide kami, iaitu sahabat aku, dia telah booking awal untuk makan di kedai steamboat tersebut. Pelbagai jenis juadah disediakan dan semuanya memang tip-top. Tak hairan la kenapa orang beratur panjang untuk makan di restoran steamboat tu. Nama restoran tersebut ialah Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill. Bagi aku, memang highly recommended la sebab kuah tomyam tu memang sedap!  


Second day, destinasi pertama kami adalah kedai makan untuk kami breakfast dulu sebab nak jalan jauh so kene la ada tenaga. Huhu. After breakfast, kami terus pergi ke Bee Farm. Tanaman bunga di Bee Farm tersebut semuanya cantik tapi aku dengan sahabat-sahabat aku bukan lah orang yang jenis suka bergambar dengan bunga. Jadi, bila ada view menarik kat Bee Farm, kami pun bergambar lah untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang. Tak banyak benda pun kami buat kat Bee Farm ni. Sebabnya, plan asal kami nak ke Boh Tea Plantation. Bila sampai sana, nak masuk parking pun kene beratur panjang dan keadaan cuaca juga tidak mengizinkan sebabnya hari hujan. 


Sebelum kami ke Bee Farm, kami singgah dulu di Cameron Valley. Kat sana, kalau nak breakfast memang ramai orang dan nasib baik kami dah breakfast terlebih dahulu. Kami ke Cameron Valley tu hanyalah untuk shopping teh berperisa dan bergambar sebabnya pemandangan di sana sangat cantik, indah dan menenangkan. Bayaran untuk masuk ke ladang teh tersebut hanyalah RM3. Kiranya tak lah rugi sangat bayar RM3 tu sebab korang dapat menikmati pemandangan yang cantik. 



Untuk dinner, kami singgah di Tiny Boutique Cafe. Ni salah satu kedai pizza yang membakar pizza dengan menggunakan arang. Pizza yang dihidangkan juga sangat sedap. Terdapat tiga jenis pizza yang disediakan dan ketiga-tiganya kami dapat nikmati. Konsep hiasan kedai juga sangat menarik. Pizza yang dihidangkan kepada kami sangat sedap dan harga pun berbaloi. Lokasi kedai pizza tersebut adalah di Taman Sedia. 

Last day, kitorang singgah di The Sheep Sanctuary, yang terletak di Kea Farm. Kat sini, dapat la rasa nak pegang or bagi makan kat biri-biri tu. Ni pengalaman pertama aku bagi makan kat biri-biri. Pemandangan kat sini lawa jugak macam ala-ala kat New Zealand gituhhh. hehe. Tiket nak masuk ke The Sheep Sanctuary ni hanyalah RM8 dan sekali dengan makanan untuk biri-biri jugak. Kat situ juga ada gerai jualan macam kafe tapi aku tak cuba pun. huhu. Di The Sheep Sanctuary ni, bukan ada biri-biri je tapi arnab pun ada sekali. Selepas singgah di TSS ni, kitorang pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah. 



Agak menggembirakan bila kita dapat vacation dengan sahabat baik kita. Sebab waktu macam ni lah kita boleh katakan senang untuk vaction sekali. Pada masa akan datang, masing-masing dah mula kerja, berumah tangga. Masa tu, dah susah nak vacation sekali. Selagi masih ada peluang dan rezeki untuk bercuti bersama dengan sahabat, maka manfaatlah ia sebaik mungkin. Sekian, terima kasih. 

ONLY THE MEMORIES KEEP US ALIVE 💪😊!


Comments

Popular posts from this blog

Nearest Park from my Home town

  HI GUYS  Let me talk about the nearest park from my home town to you guys. GUNUNG LEDANG Source : Google  Source :Google  Gunung Ledang National Park lies simply inside Johor's fringe with Melaka, around 30 km from the town of Muar. The recreation center encompasses the famous Mount Ophir, presently called Gunung Ledang, which is 1,276 meters high. As per a sign at the passage to the recreation center, Gunung Ledang is Malaysia's 64th most elevated mountain and the 6th generally hard to ascend, be that as it may, as should be obvious from the more point by point list on myMalaysia Mountains page, Ledang is in reality just the 134th most elevated pinnacle, and it doesn't rank in the best 20 tops as far as trouble. SOURCE : GOOGLE  There are different legends relating to the mountain including an otherworldly princess, gold and silver stores, the renowned warrior Hang Tuah and that's only the tip of the iceberg. It is viewed as a profound spot. One of the rumore...

habit

morning guys !   aku nak share pasal habit aku, semua orang ada habit kan ? so habit aku ni aku suka dengar lagu kanak kanak huhu ^-^ sebab aku memang suka dengar lagu, kadang kadang bila adik aku buka tv ke youtube ke aku tumpang ah menyelit senyap senyap tak pun pasang telinga hehe.  so lagu yang pemes sekarang mestilah didi & friends (sape je taktahu en), suka betul aku kalau adik aku buka lagu tu mesti aku akan curi curi tengok HAHAHAHA. aku suka lagu ni sebab aku rasa aku ni masih muda 😋 hehehehe  lagu kedua pulak aku suka dengar lagu omar & hana sebablagu lagu ni semua tentang islam. bagi aku lagu ni bagus kalau dideahkan kepada anak anak yang sedang membesar sebab dapat lah juga untuk diorang mengenal adab dalam islam.  chichi & chacha apa kurangnya best juga kalau dengar. kadang kadan boleh tambah ilmu pengetahuan sebab dalam cerita ni (cerita ke lagu ea ? whatever lah) akan ada satu slot yang menguji ota...

The Stars Will Be Jealous On Us .

Assalamualaikum , hai guys ! Jadi , selepas beberapa blog sebelum ni , saya jadi lebih bersemangat untuk meneruskan saya punya blog haa ! Dengan itu saya nak hadiahkan hampa semua serangkap pantun dua kerat : Jika benar cinta itu buta , Sudah pasti bintang cemburukan kita . Bintang-bintang . Fuyyoo ! Tepuk kit ! Okay , tanpa melengahkan masa , dengan berbekalkan pantun ini , saya khaskan blog ini pada hampa semua ye sahabat sahabat sekalian . saya nak tanya ni , nak jawab angkat tangan ! Haa Nasrullah jamaluddin , eh ! Awak tahu apa perbezaan kawan dengan sahabat ? Pada zaman Nabi dahulu kenapa dipanggil Para Sahabat , tak dipanggil kawan kawan sahaja ? Kenapa ? My batch : hostel students .  Baik , sepanjang 19 tahun saya hidup , saya cukup gembira kerana takdir hidup saya diperkenalkan dengan sahabat sahabat yang baik , yang ada di waktu susah dan senang saya . Yang turut sama menjadi tulang belakang untuk menguatkan saya . Nak kata cukup kuat seperti...