Assalamualaikum & salam sejahtera gaiss.
Harap semuanya dalam keadaan yang sihat dan cerdas selalu.
Okay, hari ni aku ingin cerita sikit tentang "The Forgotten Things" dalam erti kata lain "perkara yang selalu dilupakan"
Semestinya banyak perkara yang selalu kita terlupa dan memang selalu kita tidak hiraukan.
Tapi tidak mengapa, di sini, aku cuma mahu cerita sedikit sahaja pasal "the forgotten things" dan mungkin perkara ni boleh mengubah diri kita untuk menjadi insan yang lebih baik andai kita cuba untuk mengamalkannya.
1. Ucapan Terima Kasih
(sumber google)
Sebagai manusia, kita hidup untuk saling melengkai dan bantu membantu antara satu sama lain. Sebagai insan yang lemah kita pasti akan memnita tolong daripada orang lain. Itu memang sudah menjadi kebiasaannya. Tapi, kita selalu lupa untuk ucap "terima kasih" setelah mendapat pertolongan tersebut. Ucapan "terima kasih" memberi makna yang besar kepada orang yang membantu. Sekurang kurangnya, kita perlu menghargai usaha orang lain kepada kita sebab setiap orang memiliki untuk rasa diri dihargai. Jadi, hanya dengan ucapan ini kita boleh menghargai orang lain.
2.Meminta maaf.
(sumber google)
Ucapan meminta "maaf" atau lebih mudah dan simple "sorry". Hanya satu perkataan yang mudah dan singkat tapi, ucapan ini lah yang sering tidak diendahkan oleh kita. Sebagai manusia, kita tidak sempurna dan sering melakukan kesalahan kepada diri sendiri mahupun orang lain. Jadi, berusaha lah untuk meminta maaf setelah melakukan sesuatu kesilapan tidak kisah sama ada kecil mahupun besar.
(sumber google)
Satu lagi dari perkataan maaf, kita dapat menerima hakikat yang kita ni hanyalah insan yang lemah dan mampu untuk merendahkan diri kita daripada ego yang menggunung tinggi.
Dua perkara tersebut hanyalah perkataan. Namun, dua perkataan tersebut sangat memberi impak dalam kehidupan kita andai kita mengamalkannya. Dua perkara tersebut In sha Allah akan membantu kita untuk menjadi insan yang lebih baik.
Oleh itu, saya harap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca
dan kepada semua, Terima kasih saya ucapkan.
(sumber google)
Sekian.
(sumber google)
Comments
Post a Comment