Skip to main content

My Precious Suhaida Si Cinta Hati ❤️😍

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua.
So hari ini aku mahu tambah lagi satu entry dlm blog aku untuk menjadikannya entry yang ke-8.


(gambar sekadar hiasan)

Okay, dalam entry kali ni aku cuma mau cerita tentang cinta hati yang aku sayang dan rindu yang sentiasa di dalam hati. Dari tajuk tu pun kita boleh tau la kan siapa. Yaaaa, nama dia Suhaida.
Jadi perkenalkan

 (Suhaida)

Kucing ni aku namakan Suhaida. Aku ambil dari nama seorang insan yang juga aku sayangi. "Su" pula ialah nama galamournya.
Aku cerita la sikit macam mana aku jumpa dengan Su. .
Tidak silap aku, kali pertama aku jumpa Su tahun 2017 waktu tu dia dalam keadaan cedara dekat bahagian kaki. Dan masa tu belum lagi diberi nama Suhaida. Jadi, masa tu mak aku pun letak laa ubat sikit pada kaki dia , then lepas tu dia pun menghilangkan diri. Masa tu tak kisah sangat lagi dengan dia. Beberapa lama lepas tu, ada laaa seekor kucing ni, dia datang depan rumah aku "meow meow" la katanya kan sebab lapar. So aku pun bagi la makan dekat dia. Lepas tu, kucing menghilangkan diri lagi sebab memang biasa laa bagi kucing jalanan. Beberapa hari lepas tu dia datang lagi, sama la juga aku bagi makan then dia hilang lagi. Tapi lepas kali ke-2 tu aku pun cakap dekat mak aku, kalau dia datang lagi aku pelihara laa dia sebab aku perasan itu la kucing yang cedera tempoh hari. Lepas tu kucing tu memang betul betul datang lagi, mak aku kata ok jaaaa dan aku happy laa sebab boleh jaga kucing. Jadi, Dari situ lah bermulanya aku beri nama kucing ni Suhaida.

Su ni tinggal depan rumah aku, dia selalu cuba untuk masuk rumah aku tapi tidak dapat sebab tidak kena bagi. Jadi Su ni stay la dekat rak kasut rumah aku agak tinggi juga laaa, dekat dengan ruang besar pada grill pintu. Jadi dia pun jadikan situ tempat tidurnya. Setiap malam Su akan tidur dekat situ. Setiap pagi kalau dengar ja pintu rumah terbuka dia terus akan bangun,jadi setiap kali aku keluar rumah,aku belai dan cium kepala Su. Sama la juga kalau aku keluar untuk pergi ke sekolah. Sepanjang aku di sekolah, orang orang di rumah aku la yang akan jaga dia.

Sampai lah bulan julai 2019, aku pun sambung lah pengajian di ALAM. Jadi masa ni memang aku tidak dapat lah sudah untuk jaga dia. Agak sedih lah masa ni tapi apa boleh buat la kan, kena teruskan lah study. Then, lepas beberapa bulan aku tinggalkan rumah dan tinggalkan Su, aku pun dapat whatsapp dari kakak aku.


Bila dapat tahu ja pasal tu, terkejut sangat sebab macam tidak percaya lah kan, tapi memang tu lah hakikatnya. Dan aku kesal sebab aku teringat yang aku terlupa untuk belai dan cium Su sebelum aku pergi ke ALAM. Jadi masa tu memang terasa lah penyesalan sebab tidak dapat buat semua tu untuk kali yang terakhir pada Su.


So sekarang, tiada lah sudah peneman yang sentiasa menunggu di waktu pagi, yang akan datang pada malam hari, yang ku berikan makan dan minum, yang menjaga di hadapan pintu rumah, teman untuk bermain dan tiada lah sudah wang khas yang aku sediakan untuk membeli makanannya. Huhuu bila teringat semua tu , SENDU dan RINDU. Apapun, selamat tinggal Suhaida.

   (tempat tidur Su 😢)

Yang aku lebih sesali ialah tidak banyak gambar yang sempat  aku ambil bersama dengannya. Gambar yang ada pun rasanya telah hilang. Tapi tidak mengapalah biarlah itu semua menjadi kenangan yang sentiasa tersemat di jiwa.
Terima kasih Su, ku tuliskan kisah mu pada entry ini khas buat mu.




Selamat tinggal Suhaida😢👋


Setakat itu sahaja lah dulu entry untuk kali ini.
Terima kasih juga diucapakan kepada semua yang membaca.
Jumpa lagi pada entry akan datang.
 Harap semua sihat sihat selalu.

Sekian. 😁👋








Comments

Popular posts from this blog

Nearest Park from my Home town

  HI GUYS  Let me talk about the nearest park from my home town to you guys. GUNUNG LEDANG Source : Google  Source :Google  Gunung Ledang National Park lies simply inside Johor's fringe with Melaka, around 30 km from the town of Muar. The recreation center encompasses the famous Mount Ophir, presently called Gunung Ledang, which is 1,276 meters high. As per a sign at the passage to the recreation center, Gunung Ledang is Malaysia's 64th most elevated mountain and the 6th generally hard to ascend, be that as it may, as should be obvious from the more point by point list on myMalaysia Mountains page, Ledang is in reality just the 134th most elevated pinnacle, and it doesn't rank in the best 20 tops as far as trouble. SOURCE : GOOGLE  There are different legends relating to the mountain including an otherworldly princess, gold and silver stores, the renowned warrior Hang Tuah and that's only the tip of the iceberg. It is viewed as a profound spot. One of the rumore...

habit

morning guys !   aku nak share pasal habit aku, semua orang ada habit kan ? so habit aku ni aku suka dengar lagu kanak kanak huhu ^-^ sebab aku memang suka dengar lagu, kadang kadang bila adik aku buka tv ke youtube ke aku tumpang ah menyelit senyap senyap tak pun pasang telinga hehe.  so lagu yang pemes sekarang mestilah didi & friends (sape je taktahu en), suka betul aku kalau adik aku buka lagu tu mesti aku akan curi curi tengok HAHAHAHA. aku suka lagu ni sebab aku rasa aku ni masih muda 😋 hehehehe  lagu kedua pulak aku suka dengar lagu omar & hana sebablagu lagu ni semua tentang islam. bagi aku lagu ni bagus kalau dideahkan kepada anak anak yang sedang membesar sebab dapat lah juga untuk diorang mengenal adab dalam islam.  chichi & chacha apa kurangnya best juga kalau dengar. kadang kadan boleh tambah ilmu pengetahuan sebab dalam cerita ni (cerita ke lagu ea ? whatever lah) akan ada satu slot yang menguji ota...

The Stars Will Be Jealous On Us .

Assalamualaikum , hai guys ! Jadi , selepas beberapa blog sebelum ni , saya jadi lebih bersemangat untuk meneruskan saya punya blog haa ! Dengan itu saya nak hadiahkan hampa semua serangkap pantun dua kerat : Jika benar cinta itu buta , Sudah pasti bintang cemburukan kita . Bintang-bintang . Fuyyoo ! Tepuk kit ! Okay , tanpa melengahkan masa , dengan berbekalkan pantun ini , saya khaskan blog ini pada hampa semua ye sahabat sahabat sekalian . saya nak tanya ni , nak jawab angkat tangan ! Haa Nasrullah jamaluddin , eh ! Awak tahu apa perbezaan kawan dengan sahabat ? Pada zaman Nabi dahulu kenapa dipanggil Para Sahabat , tak dipanggil kawan kawan sahaja ? Kenapa ? My batch : hostel students .  Baik , sepanjang 19 tahun saya hidup , saya cukup gembira kerana takdir hidup saya diperkenalkan dengan sahabat sahabat yang baik , yang ada di waktu susah dan senang saya . Yang turut sama menjadi tulang belakang untuk menguatkan saya . Nak kata cukup kuat seperti...