Aku tak suka buat kek tapi mama aku dengan kakak aku ni rajin bebeno buat keknya, so nak dijadikan cerita tadi diorang buat kek kat kampung untuk nenek tersayangggggg (tapi sayangnya aku tak ikut balik kampung 😭)
So here we go.....
Bahan-bahan:
200g majerin
150g gula perang
1 sudu kecik esen vanilla
50g nestum original
3 sudu besar susu pekat
160g tepung naik
5 biji telur
kacang (ikut awaklah nak kacang ape)
Cara-caranya:
1. mixkan majerin dengan gula perang sehingga gebu
2. masukkan susu pekat dan mix sehingga sebati
3. masukkan telur satu persatu dan mix
4. masukkan tepung sedikit demi sedikit
5. last sekali barulah masukkan nestum dan mix sehingga kesemua bahan betul betul sebati
6. lapikkan loyang dengan baking paper dan tuang adunan dan tabur kacang
7. bakar dengan suhu 170 degree (atas and bawah), masa dalam 45-55 minit
Comments
Post a Comment